Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, June 17, 2012

Audi R8 - Idaman Pemandu Sportif




Masih menjadi Tumpuan!, mengenali jenama ‘Audi’ ramai orang tahu akan kualiti kereta keluaran dari Jerman itu seperti model sedan A1, A4, A5, model SUV Q5, Q7, Quattro dan sport Audi TT. Keberadaan Audi dinegara ini telah banyak memberikan kepercayaan kepada pelanggannya akan prestasi pemanduan, keselamatan, gaya dan reka bentuk yang sensasi. 


Keluaran Audi terbaru juga menjana kehadapan dalam perindustrian otomobil menandingi industry-industri jemana kereta lainnya apabila Audi sentiasa mengeluarkan kereta hebat seperti ‘Audi R8’. Setiap hari pemilik kereta ‘Audi R8’ tidak akan bosan memandu R8 yang mempunyai badan langsing aerodinamik di serat badan karbon sebagai sebuah kereta Supercar  ringan yang telah beberapa kali berjaya menjuarai perlumbaan ‘Le Man 24 Jam’.

 



Kereta buas R8 dimuatkan dengan enjin V8 4.2 FSI mampu menghentam 100Km/j dalam 4.6 saat dan berkemampuan memecut sehingga 301Km/j. Audi R8 menjadi tarikan orang ramai setelah ianya diimport kenegara ini oleh syarikat T.C.Y Motors Sdn Bhd terletak di Perindustrian Lambak telah berjaya menjual menghampiri 10 buah Audi R8 dinegara ini.

Model ini dimuatkan dengan jahitan leather dan sarung kerusi Nappa yang berkualitt tinggi. Model ini menggunakan spring pasif dan mempunyai tayar alloy bersaiz 18 inci buatan Audi sendiri.

Pengalaman uji pandu saya mengenai Audi R8 merasakan kereta yang dicipta bagi keseronokkan ketika memandu dengan rasa nyaman, selasa, sportif dan terutama sekali berbangga jika memilikinya. Ruang dalam yang rendah, luas mempunyai perasaan seperti dalam sebuah kereta lumba tetapi nyaman.

apatah lagi mempunyai ruang muatan luas dengan peralatan teknologi moden termasuk sistem penukaran transmisi manual atau semi otomatik 6-kelajuan, lampu Xenon Plus dan LED Daylight, Sistem Anti Brake ABS-EBD (RISE), Sistem keselamatan bag angin, lampu Fog depan, spoiler belakang otomatik, Chrome Exhaust finisher, empat power window, kunci kawalan jauh.

Para peminat sistem stereo kereta juga akan terpesona dimana Audi R8 dimuatkan dengan stereo ‘Bang dan Olufsen’ dikenali  dengan ‘B&O’. walaupun stereo tersebut bersaiz kecil yang dikawal dengan grill besi speaker tetapi bunyi sudah pasti memuaskan.