Jenama
‘Chery’ produk negara China mula terkenal dengan kereta kos rendah memberikan
kualiti dan keselesaan kepada pengguna semasa memandu. oleh sebab itu Syarikat T.C.Y Motors Sendirian Berhad hari ini
memperkenalkan lagi model kereta terbaru Chery yang dipanggil ‘A1’ sebagai
versi terbaru dari model Chery sebelumnya.
Model terbaru bukan sahaja memberi
penampilan gaya Italia yang dinamik dan moden, A1 juga dimuatkan dengan sistem
Tri-Dimensi lampu belakang dan bonet yang diperluaskan lagi. Chery A1 dengan
1.3L enjin Gasoline menyediakan transmisi otomatik dengan sistem ACTECO
(DOHC) memberikan kesenyapan enjin ketika memandu.
Ruang dalam direka bagi keselesaan memandu
ditambah lagi dengan sistem audio seperti Radio, pemain CD dan MP3.
Model Chery A1 digambarkan sebagai kereta jenis kekeluargaan dengan gaya
moden dilengkapi dengan barangan keselamatan dan sistem anti brek kekunci (ABS)
dan anti-roll bar dengan transmisi otomatik.