Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, June 16, 2012

Hyundai Tucson semakin mantap bagi kereta SUV



Setelah Hyundai Tucson model lama laris dijual di Negara Brunei Darussalam sebanyak 2,600 unit, sekarang Syarikat Setia Motors Sdn Bhd telah memperkenalkan versi terbaru CUV kompak berdasarkan konsep ‘Hyundai ix-ONIC’ yang sportif dan dinamik. Model baru Tucson itu direka bentuk di studio Hyundai European di Frankfurt, Jerman dan dipasang di Korea.

Ianya mempunyai rupa yang segar dan baru dan yang pasti, pengaruh Eropah jelas sekali terdapat pada SUV ini. Ia sebuah kereta untuk dipandu di dalam dan luar Bandar menjadikan kereta serbaguna untuk kedua-dua kegunaan yang praktikal. untuk sebuah SUV yang boleh membawa lima orang, ia tidak terlalu besar atau kecil dan adalah saiz yang tepat.

Bercakap tentang ruang dalam kereta, Tucson terbaru memberikan ruang yang luas dan keselasaan penumpang apatah lagi pada versi High-spec kereta tersebut menyediakan panorama sunroof, sistem audio dan pemain single-disc CD dan MP3. pemandu juga kini tidak merasa bosan akan sistem AUXplus pemasangan iPod untuk memberikan konsentrasi sepenuhnya di jalan raya ketika memandu.


Kereta Tucson terbaru turut disediakan dengan enam kelajuan ISG Tansmisi mempunyai peningkatan penjimatan minyak. Enjin dimuatkan dnegan Timing Chain memberkan kesenyapan ketika memandu. Tentang keselamatan kereta tersebut sudah terkenal dengan rata 5-bintang crash safety dari penilaian ‘NHTSA’ and ‘IIHS’. Selain itu, Tucson baru juga mengunci dan membuka kunci dengan hanya menekan punat tanpa perlu menggunakan kunci kawalan jauh.

Tucson CUV baru ini diperluaskan dengan ukuran 85 milimeter panjang, 20 milimeter bagi lebar dan dikurangkan 20 milimeter bagi ketinggian. Tucson baru itu dilengkapi dengan enjin petrol theta II 2.0 liter MPI 4 silinder atau enjin gasolin theta II 2.4 liter MPI 4 silinder, masing-masing menyerapkan kuasa kuda 166ps dengan tork 20.1kgf.m dan 179 ps dengan tork 23.1kgf.m manakala enjin 2.0 mempunyai penjimatan minyak 15.5km/liter dan 10.9 km/liter bagi enjin 2.4.