
Menurut Pengurus Besar GHK Motors Sdn Bhd,
John Too pada siding media yang berlangsung hari ini, Brunei dipilih sebagai
Negara kedua untuk pelancaran Mirage baru mempunyai kaitan dengan ekonomi yang
stabil, industri motor yang sihat dan juga Negara tersebut juga mempunyai
pendapatan capita yang tinggi.

Katanya lagi, uji pandu yang telah
dilaksanakan menunjukkan bahawa perjalanan pulang balik menuju dari Brunei
Muara ke Kuala Belait hanya mengambil 21km/Litre iaitu kurang dari B$5.00
penggunaan minyak.

Kereta terbaru Mitsubishi
Mirage dapat diperolehi dalam warna merah, putih, biru, hijau dan purple,
kehalusan dalam reka cipta kereta tersebut membuktikan kedinamikan pemanduan
yang dipertingkatkan dari masa ke semasa,
Mirage terbaru
adalah model yang tersendiri bertaraf ekonomi dan memiliki ciri-ciri berkarisma
seperti yang sebelumnya. Para pemandu juga akan merasa keselesaan dimana kereta
mempunyai interior yang luas boleh dimuatkan dengan empat penumpang termasuk
pemandu, penyimpan tiket-tiket, penyimpan kaca mata,, kabin berlampu, suis
control pelbagai fungsi dan beberapa biji speaker yang di muatkan dalam badan
kereta berkenaan.
Para pelanggan
boleh menyaksikan atau uji pandu sendiri kereta Mitsubishi Mirage dengan
mengunjungi pelancarannya besok di bilik pameran GHK motors Sdn Bhd pada jam 9
pagi.