‘Nissan Almera’ menjadi kereta sedan pertama Nissan yang
dipasarkan di bawah program kepada ekonomi. Almera
generasi terbaru ini merupakan sedan pertama mempunyai enjin 1.200 cc
dibekalkan dengan kuaa tiga silinder
yang menghasilkan tenaga 79 HP dengan torque 106 Nm dengan kombinasi
X-Tronic-CVT.
Apatah lagi kedinamikan moden dibahagian depan dan bamper menjadikan lebih menawan
dalam kereta tersebut, rekaannya juga mengubah bentuk lampu seperti lampu
isyarat depan dilihat lebih kecil dan lampu besar mempunyai bentuk yang lebih
bujur.
Kereta
terbaru Almera dapat diperolehi dalam pelbagai warna dan ketika ini menjadi
tarikan pelanggan yang mempunyai keluarga.
Setelah menyaksikan lebih dekat lagi, kehalusan dalam reka cipta kereta
tersebut membuktikan kedinamikan pemanduan yang dipertingkatkan dari masa ke
semasa, Almera Sedan terbaru adalah model yang tersendiri bertaraf ekonomi dan
memiliki ciri-ciri berkarisma seperti yang sebelumnya.
Semasa
uji pandu dijalankan menggunakan Nissan Almera, jelas memberikan keselesaan
dimana kereta tersebut mempunyai ruangan dalam yang luas boleh dimuatkan dengan
lima penumpang termasuk pemandu, penyimpan tiket-tiket, penyimpan kaca mata,,
kabin berlampu, suis control pelbagai fungsi dan beberapa biji speaker yang di
muatkan dalam badan kereta berkenaan.
Kesenyapan
enjin kereta Almera menjadi salah satu fungsi yang dihargai. Perjalanan dari Bilik
Pameran Boustead ke Kampong Katok membuktikan kereta tersebut membawa
ketenangan ketika memandu apatah lagi bersama keluarga yang menginginkan
keselesaan.
Untuk tumpuan Spesifikasi, Nissan Almera sendiri dilengkapkan fungsi ‘Idling Stop’ dan teknologi keselamatan standard seperti Airbag dibahagian hadapan dan belakang. Orang ramai boleh menyaksikan sendiri Nissan Almera terbaru di Bilik Pameran Boustead Sdn Bhd pada waktu pejabat.
Untuk tumpuan Spesifikasi, Nissan Almera sendiri dilengkapkan fungsi ‘Idling Stop’ dan teknologi keselamatan standard seperti Airbag dibahagian hadapan dan belakang. Orang ramai boleh menyaksikan sendiri Nissan Almera terbaru di Bilik Pameran Boustead Sdn Bhd pada waktu pejabat.
Kereta tersebut yang direka khas dengan reputasi sebagai ‘Kereta sedan dinamik’ menumpukan kepada kedinamikan dan reka bentuk elegan dengan fungsi yang baik dan berkemampuan. Almera juga disediakan dengan peralatan yang mencukupi untuk memberi pengalaman pemanduan yang selesa bagi pemandu mahupun keluarga.