Model EVO yang ditukar bentuk sepenuhnya
dibandingkan dengan model sebelumnya dengan konsep terbaru yang mempunyai dua
jenis model iaitu transmisi otomatik dan manual. Kereta terbaru Evo X
dikeluarkan sebagai kereta edisi terhad yang hanya dibina seberapa terhad di
pasaran dunia.
Laporan uji
pandu yang dibuat oleh salah sebuah majalah motor terunggul membuktikan kereta
jenis 2.0 litre intercooled dan Turbocharged Inline Four yang menggantikan 4G63
lagenda enjin yang dimuatkan di evo sebelumnya, ianya telah mengeluarkann 295hp
dan 300lb.
Sistem
pengemudian dinamik yang dipanggil All-Wheel Drive (S-AWC) torque disetiap roda
dalam mengawal rangkaian teknologi pengemudian. Disamping itu dimuatkan lagi
dengan 13.8 Brembo Ventilated Disc.
Kereta tersebut mempunyai banyak
kelebihan berbanding model sebelum ini dengan ruang yang besar, dilengkapi
dengan kemudahan penyimpanan barangan, model Evo X juga menjadi tarikan orang
ramai apabila hiasan dalamnya di reka dengan hiasan dalam moden.