Pada
24hb Jun ini, orang ramai akan menyaksikan sejarah baru bagi Pengeluar Jenama
Toyota menghasilkan sebuah kereta yang dikenali sebagai ‘FT86’ sebuah kereta
diatas kerjasama diantara Pengeluar Toyota dan Subaru. Walaubagaimanapun, sudah
banyak peminat kereta tersebut mula menyebarkan gossip akan kecantikan kereta
baru ini.
Model
ini, sebagai penampilan baru menggantikan model lagenda Toyota AE86 dizaman
moden ini. Kereta Sportif dengan kod nama FT-86 berpandukan kepada pemanduan
yang menyeronokkan. Berbanding dengan kereta masa kini yang mempunyai pelbagai
jenis kawalan elektronik, FT86 membawa balik keghairahan keaslian kereta sport.
Orang
ramai mengenali kekuatan kereta lagenda AE86 sejak dulu lagi, dan Toyota
mengambil peluang memberikan nama FT-86 untuk mengembalikan semula popularasi
di zaman serba canggih ini.
FT-86
menggunakan sistem pemanduan FR dimuatkan dengan enjin Boxer Subaru FA20 dan
enjin 4U-GSE Toyota 2.0 liter 16 Valve DOHC kombinasi sistem minyak Toyota D-4S
desediakan transmisi manual atau otomatik yang mencapai kekuatan sehingga 200
kuasa kuda (7000rpm).
Kereta
ini sudah setentunya, memberikan keseronokan, keselesaan yang mempunyai bunyi
enjin nyaman bagi pemanduan jauh. Perubahan dibahagian depan mempunyai bentuk
dinamik dan atap Pagoda untuk memberikan aerodinamik stabil yang boleh menarik perhatian ramai apatah
lagi gril yang dilebarkan memberikan penyejukan kepada enjin.
Mempunyai ruang
muatan luas dibahagian depan memberi keselesaan kepada pemandu. Sistem
keselamatan diutamakan dari segi sistem Anti Brake ABS-EBD (RISE), Sistem
Pengawal Traction (TRC), Pengawalan Stabiliti Kenderaan (VRC) dan Sistem
keselamatan bag angin. FT-86 juga dimuatkan dengan beberapa alat seperti lampu
Fog depan, spoiler belakang, Double Chrome Exhaust finisher, empat power window
dan kunci kawalan jauh.
Jangan
lepaskan peluang terbesar ini untuk menyaksikan sendiri pelancaran kereta Toyota
‘FT-86’ pada 24hb Jun ini dikawasan belakang Bilik Pameran Lexus, Gadong dari
jam 3 hingga 6 petang.