Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, July 20, 2012

'BATMAN' Juke-Mobile, kereta buas di pamerkan di Mall, Gadong



Orang ramai terpusu-pusu ke Mall Gadong hanya utuk menyaksikan pameran Nissan Juke versi Batman ‘Juke-Mobile’ yang dipamerkan dikawasan ruang lobi Mall tersebut.

Nissan Juke berwarna hitam itu direka khas selaras dengan penayangan movie terbaru ‘Batman: The Dark Knight Rises’ yang ditayangkan dinegara ini. Orang ramai juga diberi peluang untuk mengambil gambar bersama kereta Juke-Mobile bersama dengan patung Batman dimuatkan dengan pakaian dan aksesori yang digunakan didalam movie terbaru ini.

Menurut ahli pemasaran Syarikat Boustead Sdn Bhd, Julia Hanah, Pameran Kereta Nissan ‘Juke-Mobile’ akan berjalan dari 17hb sehingga 31hb Julai ini. Peminat kereta Juke juga boleh membuat sebarang pertanyaan dan promosi yang dijalankan kepada ahli-ahli kakitangan Syarikat Boustead Sendirian Berhad.

Disamping itu, orang ramai dialu-alukan untuk mengikuti peraduan fotografi bersama Nissan Juke ‘Batman’ hingga 27hb Julai ini untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa berupa wang tunai B$300 bagi pemenang pertama, Kamera Diana F+ Lomo bagi pemenang kedua dan Kamera Sprocket Rocket Superpop Lomo bagi pemenang tempat ketiga. Pemenang bagi tempat keempat hingga keenam juga akan menerima hadiah-hadiah menarik.
 
Anda hanya perlu mengambil borang yang disediakan di Pameran Nissan Juke di Mall Gadong dan mengambil foto-foto kreatif bersama Nissan Juke Batman tersebut dan hantarkan gambar-gambar didalam cd kepada ahli kakitangan Boustead di Bilik Pameran Boustead Sdn Bhd, Beribi atau Mall, Gadong semasa pameran dijalankan.

Nissan Juke dilengkapi dengan enjin MR16DDT (DOHC) yang boleh mencapai ketahap 1500cc, Juke juga memiliki sistem turbocharger dalam model versi High-spec. Model pacuan semua roda pula dipadankan dengan transmisi CVT XTRONIC Nissan dengan enam jenis pilihan kelajuan manual serta lateral torque-vectoring, ciri yang pertama untuk segmen kereta kecil dan teknologi yang kebiasaannya terdapat pada kereta premium.

Nissan menumpukan lebih kepada Inovasi itu lah sebab SUV kali ini dilengkapi dengan Nissan Dynamic Control System. Ianya adalah pusat kawalan dan modul paparan yang membolehkan pemandu mengubah talaan pemanduan dinamik serta kawalan suhu. Tambah menarik apabila ianya mempunyai beberapa paparan, warna dan fungsi berbeza mengikut seleksi pemandu.