Chevrolet ‘Spark’ menjadi ikon dalam movie popular Transformers sekaligus menjadi ikon kereta ekonomi dinegara ini. Spark mendapat reputasi itu setelah ianya dianugerahkan sebagai Kereta Nilai Terbaik tahunan’ (Best Car of the year) dan General Motors (GM) meneruskan kejayaannya untuk membawa jenama ‘Chevrolet’ kenegara-negara Asia termasuk Brunei Darussalam.
Dengan adanya jenama ‘Chevrolet Spark’ ke tanah air, Syarikat Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd (GHK) akan memberi kepuasan kepada pelanggan akan kereta berkualiti dan harga yang berpatutan memukau peminatnya dengan pengembangan model terbaru Interior moden dan bergaya.
Walaupun ‘Spark’ diperlihat kecil dari diluar tetapi ruang dalaman sangat luas dibina untuk memberi keselesaan dan sempurna. Bahagian penumpang depan akan menikmati ruang sebesar 1067mm dan 893mm bagi ruang belakang. Dengan lima pintu dan lima kerusi duduk, Chevrolet Spark sebagai salah kereta efisien dalam segmen mini.
Spark dimuatkan dengan enjin 1.0L empat silinder dual-overhead cam dengan timing valve menyalurkan lebih kurang 68 kuasa kuda (50KW). Spark disediakan dengan dua jenis transmisi iaitu manual dan otomatik.
Bercakap mengenai keselamatan, Chevrolet Spark direkabentuk dengan keselamatan taraf tertinggi secukupnya untuk menerima pengiktirafan taraf empat bintang dalam pemeriksaan kemalangan Euro NCAP. Lebih dari 60 peratus struktur kereta tersebut dimuatkan dnegan besi advance yang memberi tahap keselamatan yang sangat tinggi semasa impak kemalangan.
Chevrolet Spark boleh didapati serendah B$241 sebulan disediakan dengan lapan jenis warna. Apa yang terbaik lagi, ianya mempunyai jaminan selama tiga tahun atau 100,000 Km. datanglah untuk menyaksikan bilik pameran GHK Motors Sdn Bhd ketika waktu pejabat.