Lebih banyak gambar menarik di 'GALERI KERETA-KERETA ANDA''
Cuaca panas
tidak menghalang peminat-peminat kereta dari mengunjungi karnival ‘Kelab
Automotive UBD’ kali ke-2 dianjurkan dinegara ini oleh Mahasiswa-Mahasiswi
Universiti Brunei Darussalam (UBD).
Karnival yang
berlangsung selama dua hari itu bermula dari 20hb hingga 21hb Oktober telah
dibanjiri lebih dari 1,000 pengunjung menyaksikan pelbagai jenis-jenis model
kereta yang diubah suai dan dihiaskan lagi.
Dianggarkan
lebih 200 kereta tidak kira dari jenis lama atau baru telah mewarnai karnival
tersebut apatah lagi ada beberapa juga turut bertanding dalam pertandingan
kereta tercantik. Bagi pemenang pertama akan menerima hadiah berupa wang tunai
B$100 beserta sijil penyertaan.
Menurut Presiden
Kelab Automotive UBD, Mohd Ruzaimie Norman Jufri, pameran Kelab automotive UBD
yang berlangsung hari ini di Letak Kereta berhampiran Dewan Chancellor UBD adalah
sebagai penghubung dari perkumpulan karnival otomotif pertama yang diadakan sebelumnya
pada bulan Jun lalu.
Ianya bukan
sahaja untuk mengeratkan silatulrahim diantara penggemar-penggemar kereta
bahkan mengisi masa lapang dengan mengadakan aktiviti berfaedah seperti
mempamerkan usaha buatan sendiri dan memeriahkan lagi hari percutian awam.
Penulis
e-majalah mantuka.com, Sabrina Sallehuddin juga menyokong inisiatif
mahasiswa-mahasiswi Brunei Studies APB yang telah berjaya mengelolakan karnival
selama dua hari itu.
“Kenderaan kini semakin popular dan menjadi
aliran masyarakat untuk menjadikannya sebagai koleksi peribadi paling bernilai.
Sudah pasti ada segelintir yang sanggup berjalan jauh untuk mencari dan membeli
kereta minat mereka walaupun hanya tinggal ‘rangka’. Usaha mereka dianggap murni
untuk menyelamatkan kereta-kereta termasuk jenis lama yang bernilai sebagai
sejarah otomotif sebelum ianya pupus ditelan zaman kemodenan”.
Lebih banyak gambar menarik di 'GALERI KERETA-KERETA ANDA'