Orang ramai diberi peluang untuk menyaksikan dua buah
keluaran terbaru Porsche iaitu model Cayenne enam silinder dan Cayenne Diesel
di Bilik Pameran Qaf Auto Sdn Bhd, Beribi.
Media tempatan yang berada di
pameran tersebut menyaksikan Cayenne baru menawarkan keselesaan pemanduan yang
lebih besar berbanding offroad dan di atas jalan, digabungkan dengan nilai
pemanduan lebih setiap hari, selesa dan anggun. Untuk memberikan pemandu dan
penumpang ruang yang lebih di bahagian dalam, bersama dengan keragaman lebih
besar, jarak roda adalah meningkat lebih dari model sebelumnya dengan
40milimeter atau 1.6.” Peningkatan
keseluruhannya dalam jarak, pada satu sudut adalah 48 milimeter atau 1.9”.
Penyesuaian kerusi penumpang bahagian belakang adalah 160 milimeter atau 6.3”,
dengan sudut sandaran boleh disesuaikan kepada tiga kedudukan berbeza.
Ciri-ciri selanjutnya termasuk
peralatan standard jarak jauh bagi Cayenne enam silinder yang sekarang
merangkumi dua zon pendingin udara automatik, kawalan kelajuan, a bantuan lampu
besar dan sistem audio CDR-31 yang beroperasi dari skrin sentuh.
Dua model Cayenne enam silinder
dan Cayenne Diesel, Dr. Ing.h.c. F. Porsche AG, Stuttgart, mengakhiri
pelancaran generasi baru SUV Syarikat tersebut. Kedua-dua model itu
menggabungkan ciri-ciri Cayenne seperti ciri sport yang begitu selesa dan kualiti
luar biasa pemanduan offroad dengan keberkesanan menarik pada kadar penggunaan
bahan api yang kurang dari 10 liter/100 kilometer atau lebih baik dari 28.3 mpg
imp.
Dilengkapi dengan Tiptronic S,
Cayenne baru menawarkan kadar penggunaan bahan api dalam New European Driving
Cycle hanya pada 9.9 liter/100km, bersamaan 28.5 mpg imp, sekitar 20 peratus
lebih baik di atas model terdahulu. Mengenai penggunaan bahan api, Cayenne
Diesel juga mengurangkan pada 20 peratus dari 9.3 sehingga 7.4 liter/100km,
satu peningkatan dari 30.4 sehingga 38.2 mpg imp.
Satu lagi perkara penting adalah
diesel, mengurangkan pengeluaran CO2 sehingga 195g/km, masih berada di bawah
had penting 200gram CO2 satu kilometer. Dan tidak lupa, kedua model mematuhi
sepenuhnya piawaian pengeluaran Euro 5.
Pengurangan signifikan pengambilan bahan api bagi keseluruhan model Cayenne, di antaranya dari memperkenalkan Tiptronic S baru dengan lapan transmisi automatik dengan ciri-ciri Auto Start Stop dan perkadaran gear tambahan yang besar. Faktor lain adalah pengurusan termal dan pemulihan rangkaian di dalamnya, begitu juga dengan pengurangan signifikan terhadap berat menerusi kejuruteraan bijak. Pembaharuan ini juga bertindak untuk memberikan ketangkasan lebih besar dan pemanduan yang dinamik dan hasilnya keselesaan pemanduan yang lebih besar.
Cayenne dilengkapi dengan enjin
petrol 300hp (220 kW) 3.6 liter V6 digabungkan dengan kerapian standard kotak
gear manual enam speed. Ini memecutkan Cayenne dari kedudukan berhenti kepada
100km/h dalam masa 7.5 saat (Tiptronic S: 7.8 saat) dan memberikan kelajuan
tertinggi 230km/h atau 143 mph.
Bagi unit kuasa V6 tiga liter
dalam Cayenne Diesel memberikan hasil maksimum 240hp (176kW), memecutkan kereta
itu sehingga 100km/h dalam hanya 7.8saat. kelajuan tertinggi adalah 218km/h
atau 135mph.
Cayenne Diesel dihadirkan dengan
transmisi automatik lapan speed Tiptronic S dengan ciri-ciri fungsi Auto Start
Stop.
Cayenne dan Cayenne Diesel
sekarang juga mempunyai ciri-ciri roda standard berukuran 18 inci. Sistem
pemanduan bantuan pemandu yang baru seperti Lane Change Assistant dan Adaptive
Cruise Control yang boleh diperoleh sebagai pilihan, sama seperti PDLS Porsche
Dynamic Light System bagi keragaman pengurusan lampu utama menurut keperluan
semasa begitu juga dengan Burmester High-End Surround Sound System dengan 16
rangkaian dan maksimum output 1,000 watt.