Porsche memiliki
reputasi yang sangat dipercayai, meskipun mempunyai prestasi tinggi, namun
ianya mudah dikendalikan untuk pemandu yang menginginkan kesenangan dalam
pemanduan sehari-hari. kereta seperti 911 Carrera, Cayenne, Boxster dan Cayman
antara keluaran Porsche yang telah berjaya membawa nama ketaraf dunia sejak
dulu lagi.
QAF Eurokars telah banyak mengedar
model ‘Porsche’ yang dikenali seluruh dunia akan gaya dan kualiti jenama kereta
tersebut, dan salah satu satu daripadanya ialah Porsche ‘Panamera’ mempunyai
bentuk badan yang lebih lebar, sportif yang dimuatkan dengan enjin 3.6 litre V6
serta sistem direct fuel injection (DFI). Kereta tersebut menjadi tumpuan orang
ramai sesuai bagi perjalanan bekeluarga dan mewah.
Seperti model lainnya, bagi kalangan
yang ingin memperoleh kereta jenis berjenama dan berprestasi tinggi sebuah lagi
keluaran Porsche ‘Panamera’ V6 mempunyai kelebihan tersendiri menyatukan
ekonomi dengan prestasi sport.
Kereta tersebut juga dimuatkan dengan
18inci Tayar rim, intek manifold dan sistem penjimatan minyak. Tranmisi enam
kelajuan telah dipertingkatkan untuk memberikan prestasi yang lebih tinggi
ketika memandu.
Team Mantuka.com hari ini diberi
peluang untuk menjalankan uji pandu kereta tersebut, sebelum pemanduan bermula,
memasuki ruang dalam kereta sudah memulakan keseronokan menyaksikan punat
otomatik yang begitu banyak dan ruang dalaman yang luas untuk memberi
keselesaan semasa memandu, dengan hanya menekan punat ‘start’ kereta tersebut
sudah pun hidup dalam masa 2 saat. Porsche Panamera mendominasi perjalanan jauh
walaupun disaat kelajuan yang tinggi kereta tersebut mampu memiliki stabiliti
pemanduan yang mudah.
Kaedah lainnya ialah seperti semasa
berhenti, enjin kereta tersebut akan dengan sendirinya akan dimatikan secara
otomatik dengan tujuan untuk menjimatkan minyak sekaligus mengurangkan penggunaan
CO2 dan akan hidup semula semasa menekan minyak untuk bergerak, apatah lagi
semasa dalam perjalanan itu, tidak kedengaran bunyi angin memasuki ruang dalam
kereta memberikan kesenyapan semasa memandu. Uji pandu tersebut melalui
perjalanan dari Beribi menuju ke Lebuh raya Jerudong yang mana proses
perjalanan merasakan fungsi Pengurusan Stabiliti Porsche (PSM) yang mampu
memberi pertukaran gear yang sempurna semasa perjalanan jauh.
Walaupun badan kenderaan ini agak
besar, tetapi kuasa brek yang dihasilkan cukup untuk memastikan kenderaan
berhenti tepat pada masanya. Dalam aspek pengawalan, Porsche Panamera mempunyai
badan yang lebar dan panjang, walaubagaimanapun pemandu masih dapat mengawal
kenderaan dengan mudah, salah satu daripada peralatan yang dimuatkan ialah ‘Front
and Read Parking Assistant’.
Dari pengalaman pemanduan ini, Konsep
Porsche Panamera lebih memberikan terhadap pemandu bergaya dan sportif, yang
mana kesemua punat direka memberi kemudahan pemandu menggunakannya terutama
dibahagian transmisi kereta tersebut.
Model Panamera juga diubahsuai dengan
pengurangan berat dan servotronic untuk memberi pengalaman pemandu kejarak yang
lebih selesa. Porsche Ceramic Composite Brake (PCCB) sebagai peranan utama
dalam keselamatan yang dipercaya dalam jenama kereta ‘Porsche’, ianya sudah
membuktikan kemampuan untuk memberi keselamatan ketika membuat perhentian
secara mengejut ketika memandu. Disc brake dibuat dari kompaun Carbon-fibre.
Menyentuh mengenai ruangan dalam,
Porsche Panamera, mempunyai rekaan sportif dan standard ergonomic untuk memberi
keselesaan dan berkualiti. Pemandu juga dengan selesa memandu kereta yang diisi
dengan sistem audio CDR-31, BOSE Sarround Sound System dan Porsche Pengurusan
Perhubungan (PCM) dengan modul navigasi.
Spesifikasi Porsche Panamera dimuatkan
dengan enjin V6 3.6 litre dengan transmisi otomatik dan manual dengan 7
kelajuan. Panamera mampu mencapai kuasa sehingga 300 kuasa kuda pada 6200rpm.
Panamera V6 datang dengan kaca Modesta
bersalut secara percuma apabila dibeli, untuk keterangan lanjut orang ramai
boleh mengunjungi bilik pameran QAF Eurokars beralamat Porsche Centre Brunei
QAF Centre, Lot 66 Tapak Perindustrian Beribi atau menghubungi +673 2453828.
Orang
ramai juga boleh menghubungi Sales Consultant iaitu Faisal 8635789, Firdaus
7173565, Hjh Zimah 7122815, Juraini 8763765, Khairul 8930082, Mimie
8712444& Nic 7150769.