Courtesy by Syah D
Seramai 20 orang belia menyertai
kerja amal di Kampung Limbungan dan Kampung Ujong Bukit di Kampung Bukit Tamoi
kelmarin.
Belia-belia ini terdiri daripada ahli Kelab Automotif Pusat Belia,
Kelab Automatif UBD, Mr Lancer EX, Speed Master Racing, Kelab Avanza Brunei,
Kelab Cruze Brunei, Brunei Sportcar Enthusiasts dan Kelab Evo3 Brunei.
Kerja-kerja amal merupakan sebahagian daripada aktiviti kelab
tersebut bergotong-royong membersihkan dan menaiki taraf beberapa kawasan
kampung. Ia juga bertujuan menyemai kesedaran orang awam agar membantu
kampung-kampung ini.
Dengan bantuan belia kelab-kelab yang menyertai ini, penduduk
kampung berjaya mengorek tanah dan meratakannya sehingga ke dalam batu perigi
yang sedia ada.


Selain itu, belia kelab-kelab dan penduduk kampung juga memperbaiki jambatan yang sering digunakan penduduk kedua-dua ampung yang kini sudah tidak kukuh. Jambatan itu yang usang dan bergoyang itu menyebabkan jenazah seorang penduduk kampung jatuh ke dalam sungai kira-kira dua tahun lalu. Mereka juga menyeru bantuan kerajaan untuk memperbaikinya demi keselamatan penduduk kampung dan orang ramai.