Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, December 18, 2012

Pameran kereta gergasi di Universiti Brunei Darussalam (UBD) Disember ini


Kelab Automotif Pusat Belia dan Badan Akademik Pengajian Brunei dengan kerjasama Goh Hock Kee Sdn Bhd (GHK) akan mengadakan karnival pameran kereta kali ke-3 yang akan berlangsung di Letak Kereta  berhampiran Fakulti Akademik Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Pada kali ini, dianggarkan lebih 200 kereta tidak kira dari jenis lama atau baru akan mewarnai karnival yang juga akan menyertai beberapa pertandingan yang akan disediakan.

Menurut Presiden Kelab Otomotif UBD, Mohd Ruzaimie Norman Jufri, pameran kelab otomotif UBD yang akan diadakan pada 29hb hingga 30hb disember ini, akan dijangka membawa kepada pameran yang lebih menarik seperti pameran reptilian, pameran kucing, gerai makan dan pertandingan-pertandingan menarik ditaja oleh GHK Sdn Bhd.

“Ianya bukan sahaja untuk mengeratkan silatulrahim diantara penggemar-penggemar kereta bahkan disamping itu mengisi masa lapang dengan mengadakan aktiviti-aktiviti berfaedah seperi mempamerkan usaha buatan sendiri dan memeriahkan lagi hari percutian awam”.

Menurut penulis e-majalah mantuka.com, Sabrina Sallehuddin juga menyokong inisiatif mahasiswa-mahasiswi Akademik Pengajian Brunei yang akan mengelolakan karnival kali ketiga ini.

“Kenderaan pada masa ini semakin popular dan menjadi aliran masyarakat untuk menjadikannya sebagai koleksi peribadi paling bernilai, sudah pasti ada segelintir yang sanggup berjalan jauh untuk mencari dan membeli kereta minat mereka.

“Walaupun hanya tinggal rangka, usaha mereka dianggap murni untuk menyelamatkan kereta-kereta termasuk jenis lama yang bernilai sebagai sejarah otomotif sebelum ianya pupus ditelan zaman kemodenan”, katanya.

Kepada orang ramai yang ingin mengikuti karnival ini, bayaran pendaftaran kemasukan ialah sebanyak $25 bagi sebuah kenderaan dan peserta yang pernah menyertai karnival otomotif kali pertama dan kedua hanya dikenakan $20 sahaja. 300 peserta yang awal mendaftar aan diberikan baju.

Borang pendaftaran boleh diperolehi dari ahli jawatankuasa karnival otomotif iaitu Didi ditalian 8844818 atau Syaza 7131679). Tarikh akhir bagi menghantar borang tersebut adalah pada 20hb Disember 2012.