Ummi Azifah Haji Abdul Lazis tidak menyangka tuah menyebelahinya
apabila diumumkan sebagai pemenang utama cabutan bertuah Goh Hock Kee Motors
Sdn Bhd (GHK Motors), sekaligus melayakkan beliau membawa pulang hadiah wangtunai
berjumlah $10,000.
Majlis cabutan yang diadakan di bilik pameran GHK Motors
turut menyaksikan QAF Leasing Sdn Bhd dan Fong Yoke Pooi, masing-masing memenangi
hadiah keduadan ketiga yang menawarkan wang tunai berjumlah $5,000 dan $3,000.
Pemenang saguhati lain juga tidak pulang dengan tangankosong,
sebaliknya turut menerima hadiah seperti televisyen LCD 42 inci, Smart Phone,
Samsung Galaxy Tab2 7.0, iPad, simpanan wang tunai bersama bank tempatan dan banyaklagi.
Promosi cabutan bertuah GHK Motors ini terbuka kepada penyertaan
pelanggan GHK yang membeli kereta modal Mitsubishi atau Daihatsu dalam tempoh
Jun 2012 sehinga 10 Disember 2012.
Cabutan bertuah inijuga adalah sebagai penghargaan GHK
Motors kepada pelanggannya yang menaruh keyakinan pada modal Mitsubishi dan
Daihatsu,yang dibekalkan oleh GHK.