
Orang ramai yang ingin menyaksikan
kereta tersebut bolehlah mengunjungi bilik pameran Chevrolet di Bangunan
Sumbangsih Bahagia, Beribi pada 4hb Januari ini bermula jam 9.30 pagi.
Cruze terbaru ini adalah jenerasi
kedua sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2009. Cruze 2013 mempunyai beberapa
perubahan seperti bumper depan dan belakang yang diubah suai, lampu fog bezel
yang lebih besar berbanding jenerasi pertama. ianya boleh didapati sama ada
transmisi Automatik atau manual.

Dengan pengenalan ini Cruze terbaru
ini, GHK Motors ingin mengumumkan promosi Chevrolet istimewa yang mana setiap
pembelian apa jua jenis model jenama Chevrolet akan layak menyertai cabutan
bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa.
Pemenang utama akan mememangi sebuah
kereta Chevrolet Cruze 2013 1.6 (Auto). Hadiah-hadiah lainnya adalah seperti
B$3,000, TV LED 46”, iPhone 5, iPad Mini, iPad 3 dan banyak lagi. Promosi ini
akan berhalan dari 1hb Januari sehingga 3hb Jun 2013.