Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, March 19, 2013

Dayang Norainah pemenang Utama BIBD Blessing



Hadiah terbesar bagi Norainah binti Ghani setelah memenangi sebuah kereta ‘Toyota FT-86’ yang berlangsung hari ini di Kawasan Atrium Airport Mall.



Norainah tidak menyangka bahawa beliau adalah selaku pemenang utama dalam Anugerah Barakah (blessing) BIBD kali ke-3 setelah berjaya menekan menghidupkan kereta tersebut yang dipilih oleh beliau bersama dengan salah seorang finalis lagi iaitu Tonney bin Muslim. Norainah tersenyum lebar setelah menyaksikan Tonney tidak mampu menghidupkan kereta setelah memilih kunci kereta yang salah.



Norainah berkata, “Alhamdulillah, dengan memohon produk ‘penguahsuaian rumah’, saya dan suami saya akhirnya memenangi sebuah kereta dalasm promosi BIBD kali ini, kami juga ingin menyampaikan rasa syukur dan tanda terima kasih kepada BIBD diatas hadiah yang diberikan ini”.



Sebanyak 10 pelanggan bertuah telah dijemput hari ini untuk mencuba nasib mereka memenangi hadiah utama iaitu sebuah kereta Toyota FT-86. Pemenang-pemenang bertuah itu adalah Haji Muhd Ariffin bin Haji Sulaiman, Mohamad Syah Nizam bin A Hidup, Haji Soffery bin Haji Mt Akut, Rosli bin Haji Masri, Abdul Hadi bin Metarsad, Norzainah binti Haji Moksin, Tonney bin Muslim, Saaherefah binti Matassim, Norlela binti Mohammad Ali dan Norainah binti Ghani.



Walaubagaimanapun, pemenang-pemenang yang tidak berjaya turut diberikan hadiah-hadiah isitmewa seperti Tiket umrah atau penerbangan ke Melabourne Australia, Pakej barangan elektronik Samsung, 1,000,000 mata BIG Air Asia, Pakej Apple, Pakej Samsung NX11 dan iPhone 5.



Pengarah Urusan BIBD, Javed Ahmad selaku tetamu kehormat majlis berucap, “kami sangat sukacita kepada pemenang promosi anugerah Barakah BIBD yang dikira sebagai promosi terbesar dalam industri perbankan di Brunei dengan pelbagai jenis hadiah berkualiti yang tidak pernah belaku sebelum ini oleh bank-bank lainnya.



“Alhamdulliah, Promosi Anugerah Barakah BIBD juga membesar diantara khalayak orang ramai yang menyediakan hadiah-hadiah istimewa akan setentunya kembali lagi nanti dengan hadiah-hadiah yang lebih menarik untuk dianugerahkan kepada pelanggan”.



Anugerah Barakah BIBD kali ke-3 adalah sebagai sambungan kejayaan Kempen Anugerah kedua yang dijalankan pada tahun 2012.



Dalam promosi itu, pelanggan hanya perlu mendaftarkan diri dengan beberapa produk BIBD termasuk BIBD Rumah Plus, BBA Home Financing, Home Improvement Financing, Kewangan Pendidikan, Ar-Rahnu, BIBD Debit Card, BIBD Online, Remittance, Term Deposits, Pembukaan akaun baru, pembukaan akaun perdana world dan pembukaan akaun gaji dan secara otomatik layak untuk menyertai cabutan bagi Anugerah Barakah kali ke-3.