Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, March 8, 2013

Perubahan Terbaru: Audi Q5 Quattro


Mantuka telah dijemput oleh Syarikat TCY Motors Sdn Bhd bagi menyaksikan kereta ‘Audi Q5 Quattro perubahan terbaru’ yang sudah laris dijual dinegara ini.

Audi Q5 terbaru memang diminati oleh masyarakat Brunei telah berjaya menjual sebanyak 140 unit sejak 2009. Dengan keluaran terbaru ini Audi telah membuat perubahan baru dari segi lampu depan dan belakang, dan gril hadapan berbentuk lebih padat, Audi juga menukar lampu LED yang mengelilingi lampu depan memberi keutamaan bagi perjalanan waktu pagi, Lampu LED tersebut akan lebih menyala jika dilihat dari jarak jauh, apatah lagi Q5 terbaru mempunyai bentuk badan yang lebih luas, dinamik dan sportif berbanding dengan model sebelumnya dimuatkan dengan reka bantuk Audi 19 inci tayar alloy 5-arm ‘star’.

Model terbaru ini mempunyai ruang yang luas, mempunyai peralatan elektronik memberikan kelesaan kepada pemandu serta penumpangnya. Q5 terbaru telah kurangkan lagi ukuran berat kereta dikurangkan untuk memberikan pemanduan yang sempurna, apatah lagi kereta berkenaan dimuatkan dengan sistem Bang & Olufsen untuk memberikan hiburan terbaik dalam semasa dalam perjalanan.

Kali ini, Audi Q5 dilengkapi dengan enjin 4-silinder, 2.0 TFSI turbocharger dan sistem Valvelift Audi yang mampu memberikan kuasa sehingga 225 kuasa kuda. Tambahan lagi, dengan  sistem penjimatan minyak Audi mampu memberi penjimatan minyak semasa memandu. Ianya dimuatkan dengan transmisi Multitronic DRP dengan 8-kelajuan.

Audi Q5 terbaru dipamerkan di bangunan Bilik Pameran Audi di Jalan Kiarong. Orang ramai juga boleh menghubungi ditalian 2442333 atau bilik pameran diLambak ditalian 2390725.