|
gambar yang disebar di Whatsapp |
Jabatan Kerja Raya (JKR) Kementerian Pembangunan semalam memaklumkan kepada pihak media bahawa Lampu Isyarat yang dipasang di Pusing Keliling tiga lorong berhampiran Masjid Jame Asr' Hassanil Bolkiah telah berjaya beroperasi oleh pihak berkenaan pada 3hb April baru-baru ini.
Lampu isyarat yang dilengkapi dengan papan penyata kiraan menurun beroperasi pada jam 6 pagi hingga 11 malam setiap hari kecuali hari ahad, pemasangan lampu isyarat menelan belanja kira-kira B$310,000 untuk dibina.
Semasa pelancaran itu, pihak media diberitahu bahawa sistem tersebut akan lebih memudahkan para pengguna jalan raya mengetahui jangka masa warna lampu isyarat akan berubah untuk memberi perjalanan kenderaan yang teratur dan sistematik.
Sejak ianya dilancarkan, pelbagai tindak balas dari orang ramai terutama pemandu yang menggunakan jalan tersebut mengenai lampu isyarat yang dipasang di pusing keliling itu adalah tidak berkesan buat masa ini menyaksikan kesesakan seperti gambar yang disebar melalui whatsapp.
Hari ini sahaja, beberapa blog tempatan, facebook dan juga mesej laluan whatsapp membanjiri dengan komen dan gambar seperti tercatat dibawah memperlihatkan kesan mengenai masalah kesesakan lalulintas dikawasan pusing keliling tiga lorong tadi pagi.
Walaubagaiamanapun, pihak berkuasa akan sentiasa memantau keberkesanan lampu isyarat lalu lintas yang dipasang dan beroperasi sejak semalam lagi.
dibawah menunjukkan beberapa gambaer berupa 'meme' dan post yang dibuat oleh orang ramai mengenai lampu isyarat yang dipasang di Pusing Keliling.
|
Post dari Laman Facebook |
|
Post dari Laman Facebook |
|
Post dari Laman Facebook |
|
gambar yang disebar dari Whatsapp |
|
Post dari Laman Facebook |
|
Post dari Laman Facebook |