Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, May 19, 2013

Kereta Mewah untuk Pemain Bertuah 'The Baiduri Masters 2013'



Pemain-pemain bertuah yang berjaya membuat pukulan terus ke lubang (hole-in-one) akan berpeluang memenangi hadiah hebat termasuk kereta mewah terdiri daripada Porsche Panamera, BMW 520 dan Countryman Mini Cooper S, dan wang tunai $20,000 dalam Kejohanan Baiduri Masters 2013 yang akan berlangsung pada 31 Mei hingga 9 Jun ini.

Pemenang ketiga yang berjaya membuat pukulan terus ke lubang akan menjadi pemilik BMW 520, yang merupakan model terbaru dalam BMW 5 Series.

BMW 520 daripada versi terbaru BMW 5 Series, mula diperkenalkan QAF Eurokars pada 2013 selaku pengedar kereta-kereta buatan Eropah, dilengkapi dengan enjin petrol empat silinder terbaru berserta teknologi Turbo BMW.

Enjin terbarunya dilengkapi dengan twin-scroll turbocaj 2.0L, kawalan injap berubah-ubah Valvetronic dan kawalan camshaft berubah-ubah Double-Vanos yang memberi kuasa kepada BMW 520 dan BMW 520i dengan kuasa lebih tinggi.

Bagaimanapun kereta tersebut tetap menjimatkan penggunaan minyak dan juga pengeluaran asap (CO2) yang rendah.

Siri Sedan Eksekutif kali ini mengetengahkan inovasi keberkesanan dinamik seperti Kemudi Elektromekanikal dan transmisi automatik dan semi-otomatik dengan 7-kelajuan.

Selain itu, varian baru ini juga dipasang dengan ciri Kawalan Pengalaman Pemanduan - butangnya terletak di konsol tengah yang membolehkan pemandu menukar penetapan bagi pemacu kereta, enjin, kemudi, transmisi, sistem gantungan dan kawalan kilas.

Sama seperti BMW lainnya, 520 dimuatkan dengan punat ECO membolehkan pemandu mempelajari lebih lagi mengenai teknik pemanduan cekap bahan api.

Dengan memilih mod ECO PRO, kenderaan BMW secara automatik mengoptimumkan strategi enjin, pendingin hawa dan pemanasan, serta fungsi elektrik lain dalam.

Di dalam kabin, 520 mempunyai ruang yang luas apatah lagi keadaan ruang dalam begitu selesa semasa memandu.

Ciri BMW ConnectedDrive membolehkan pemilik menikmati sambungan sepenuhnya USB dan fungsi telefon Bluetooth bebas tangan.