Syarikat Grand
Motors Sdn Bhd semalam mencatat sejarah baru setelah Berjaya melancarkan bilik
pameran Mazda terbarunya yang lebih besar dan teratur. Pelancaran dengan
memotong ribbon pemdukaan rasmi itu telah disempurnakan oleh Kaunselor Kedutaan
Jepun Ke Brunei Darussalam, Sheisuke Shimizu bersama dengan Pengerusi Grand
Motors Sdn Bhd, Teng Ching Ying.
Pembukaan rasmi
bilik pameran terbaru itu diselajurkan dengan pelancaran kereta terbaru Mazda
6. Sebelum pelancaran tetamu kehormat diberi pengenalan video Mazda 6 dan
pemain muzik violin diikuti dengan pelancaran rasmi.
Mazda
6 terbaru dengan tema ‘KODO – Soul of Motion’ menyaksikan perubahan
sepenuhnya terhadap bentuk badan kereta tersebut.
Dengan tema ini,
Mazda menumpukan kepada tiga konsep kunci utama menjurus kepada rekaan KODO
iaitu kelajuan, ketegangan dan tarikan. Sudah setentunya kereta tersebut akan
menggoda ramai pembeli kereta yang mempunyai pelbagai ciri-ciri terbaru
mengikut pertukaran zaman dan dengan harga yang berkemampuan.
Mazda 6 Sedan terbaru
ini mengunsurkan kepada bentuk sportif, elegan dan mewah, generasi terbaru
Mazda 6 dilengkapi dengan teknologi Skyactiv sebagai teknologi moden yang lebih
efisien dalam industri permotoran.
Penampilan wajah
dibahagian depan Mazda 6 baru ini meliputi ciri-ciri wajah ikan jerung, memang
sesuai dengan menampilkan kepada pemiliknya yang menginginkan kepada
kemewahan, buas dan dinamik. Sementara itu untuk sektor interiornya, terdapat
desain plastik dengan sentuhan halus yang memukau pemilik Mazda 6 yang cantik
dan lebih luas berbanding model sebelumnya. Selain itu juga terdapat punat
tempat duduk pemandu yang mampu diatur hingga lapan cara. Untuk punat penumpang
belakang akan mendapatkan ruang kaki dan lutut yang lega. Mazda 6 juga
antara lain disediakan dengan 11 speaker Bose, penghubung Bluetooth, dan
USB/iPod untuk mendengarkan musik.
Berdasarkan maklumat
yang dijelaskan oleh ahli Syarikat Grand Motors Sdn Bhd jenerasi terbaru
ini akan menggunakan sistem Skyactiv dengan enjin Skyactiv-G 2.0 In-Line
4-silinder DOHC, 16 valve yang mampu menghasilkan tenaga 114kW kapasiti 4,000
rpm dan 138kW kapasiti 5,700 rpm bagi versi Skyactiv-G 2.5. Tambahan lagi
dengan kombinasikan transmisi SKYACTIV-Drive disediakan dengan 6 kelajuan
memberikan penukaran gear yang halus, cepat semasa memandu.
Mazda 6 terbaru ini,
juga dimuatkan dengan sistem i-stop yang akan mati secara otomatik dalam kondisi
idle. Apa yang menarik lagi, kereta tersebut mampu memberi isyarat bunyi
semasa memandu ketika lari dari garisan hala tuju jalan raya bagi menyedarkan
pemandu tersebut. Salah satu tambahan keselamatan lagi ialah kereta tersebut
juga mampu berhenti secara otomatik jika pemandu terlalu dekat dengan kereta
dihadapan, sistem ini dipanggil I-activsense boleh didapati dalam versi 2.0
atau 2.5.