Nissan Evalia kini berada di pasaran Brunei sebagai tambahan barisan kereta-kereta jenama Nissan yang diedarkan oleh syarikat Boustead Sendirian Berhad.
Pelancaran Nissan Evalia telah disempurnakan oleh Duta Besar Jepun ke Brunei Darussalam, Kenichi Sunaguma, Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Lim Beng Thai dan Nissan Motor Co. Ltd, Takeshi Kitagawa di Pusat membeli-belah Timesquare.
Evalia dikategorikan sebagai
kereta jenis Multi-Purpose Vehicle (MPV) tersebut telah di disaksikan
pelancarannya oleh pengunjung-pengunjung yang membanjiri pusat berkenaan.
Apatah lagi sebaik saja pelancaran selesai, pengunjung mula menyaksikan lebih dekat
akan kereta terbaru itu dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi dan
harga Evalia.
Nissan
Evalia mempunyai ruang dalam yang luas dan pelbagai fungsi turut dimuatkan.
Kursi penumpang 2+3+2 memberi keselesaan sepenuhnya kepada tujuh orang penumpang dengan upholsteri berkualiti tinggi terutama
semasa perjalanan jauh. Evalia juga disediakan dengan kotak penyeimpanan,
penyimpan botol, tachometer, monitor penjimatan minyak, jam digital, indicator
gear transmisi, odometer, tripmeter dan lain lagi.
Dengan
enjin 1500 CC DOHC, pemandu akan terasa kekuatan prestasi enjin tetapi dengan
menggunakan penjimatan minyak. Nissan
Evalia terbaru berukuran 4400mm dengan lebar 1695mm. ketinggiannya pula
berukuran 1850mm.
Hadirnya
Nissan Evalia memberikan banyak pilihan pada keluarga Brunei Darussalam untuk
dapat memiliki MPV ini. Ditawarkan dengan harga berkemampuan, kini pelanggan
dapat memiliki Evalia dengan tingkat kenyamanan tinggi. Melalui Nissan Evalia
yang telah dilengkapi sistem penghawa dingin rear cooler pada baris ketiga,
penumpang boleh dengan berleluasa mengatur pendingin sesuai keinginan mereka
sehingga kenyamanan dalam kabin lebih maksima.