Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, August 30, 2013

Pratonton media bagi model terbaru Peugeot Expert Tepee

Expert Tepee adalah produk terbaru di pelbagai produk Peugeot. Ianya direka bentuk untuk memenuhi keperluan kedua-dua sektor pengangkutan penumpang komersial dan perjalanan secara keluarga. Ianya memberikan cara baru untuk melancong secara selesa menggunakan kenderaan jenama Peugeot.

Dengan reka bentuk tersendiri dan anggun, Expert Tepee membuat tanggapan yang betul, sama ada membawa keluarga berjalan-jalan, melancong atau secara perjalanan berkumpulan kerana ianya lebih besar untuk perjalanan kemana sahaja. Terdapat pelbagai jenis warna untuk dipilih iaitu dari warna metallic atau warna solid. Dan dengan pintu gelongsor berkembar dan bijak, ianya adalah lebih mudah untuk penumpang untuk masuk ke dalam barisan tempat duduk di belakang - terutama berguna apabila anda berada di tempat letak kereta yang ketat.

Dengan tiga baris tempat duduk yang boleh dilipat atau dibuka, Expert Tepee boleh memuatkan sehingga sembilan orang termasuk barang-barang mereka. Tambahan lagi ianya menyediakan setiap penumpang dengan keselesaan, kecerahan dan ketenangan fikiran, tanpa mengira jarak perjalanan atau tempoh masa. Dengan tempat duduk 3+3+3, terdapat juga rancangan untuk membawa Expert Tepee dengan tempat duduk depan bagi penumpang tunggal, berbeza dengan dua tempat duduk penumpang di depan yang ada.

Disamping itu, terdapat juga beberapa kawasan untuk simpanan yang disediakan di sekitar kawasan kereta tersebut: satu ruang penyimpanan atas, kotak sarung tangan yang boleh dikunci, panel pintu dan penyimpan poket. Keselamatan juga tidak pernah diabaikan. Keselamatan menumpukan kepada tali pinggang keledar tiga mata ke atas semua sembilan kerusi dan Anti-Lock Braking System (ABS).

Engine Expert Tepee dimuatkan dengan engin 1.6L 16-valve engine, ia mempunyai torque yang maksimum atau 180Nm pada 1750 rmp, dan membawa 16" roda aloi dan soket kuasa 12V di hadapan berhampiran konsol tengah dan sepanjang ke tempat duduk belakang untuk kemudahan semua penumpang yang memerlukannya.
Untuk menghiburkan anda semasa memandu, pemain radio dan CD/MP3 sebagai ciri standard tetapi anda juga boleh mempunyai pilihan untuk melengkapkan Tepee dengan pemain DVD7 inci skrin sentuh dengan kamera undur dan "ceiling monitor".

Peugeot Expert Tepee dijangka akan dilancarkan pada awal bulan September. Untuk maklumat lanjut, anda boleh datang ke Bilik Pameran Peugeot Kiarong atau hubungi 2426969 untuk pre-book hari ini. Ikuti @PeugeotBrunei di Instagram atau 'Like' Peugeot Brrunei di facebook.com/PeugeotBru untuk dikemaskini dengan berita dan acara terbaru Peugeot.