Dengan kemunculan baru ini, Syarikat tersebut telah menjalankan jerayawara Jaguar yang berlangsung di kawasan Atrium, Pusat Membeli-belah Time Square bulan lepas.
Jerayawara yang berjalan selama tiga hari itu sehingga
29 September, mempamerkan model-model terkemuka keluaran Jaguar
bertemakan “How Alive Are you”.
Ini membantu bekas dan pelanggan baru memahami kehebatan
model Jaguar terbaru dan perbezaannya dari kereta lainnya.
Pengunjung berpeluang menyaksikan barisan model termasuk
Model XF dan XJ dengan enjin berbeza dan reka bentuk badan yang berlainan.
Sepanjang jerayawara dijalankan, Indera Motors juga telah mengadakan pertandingan permainan perlumbaan Xbox yang menawarkan hadiah-hadiah
istimewa. Pendaftaran adalah percuma dan perlawanan akhir akan diadakan pada 29
September itu.