Selepas
berjaya memasuki pasaran Australia dan Indonesia bulan ini, Proton Holdings
Berhad (Proton) berjaya melancarkan Proton Suprima S, model yang ketiga
dilancarkan di Brunei dan kini menjengah pasaran Brunei dalam meningkatkan
pasaran eksportnya.
Proton
Suprima S telah dilancarkan di Bilik Pameran Proton 3S di Pusat Gadong oleh Pesuruhjaya
Tinggi Malaysia di Brunei, Tuan Yang Terutama Datuk Awang Sahak bin Awang
Salleh yang diiringi oleh Ketua Pegawai
Operasi (Komersial) Proton. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Proton
Sdn. Bhd., Yang Dimuliakan Pehin Datu Indera Negara Lt-Col (Rtd) Dato’ Paduka
Haji Mohd Ariffin bin Dato Paduka Haji Abdul Wahab dan Pengarah Urusan United
Motor, Simon Gelan.
Nama
‘Suprima S’ berasal dari perkataan ‘Supreme’,
yang mencerminkan keunggulan dalam bidang kejuruteraan, keselamatan dan
prestasi yang telah dimasukkan ke dalam model ini. Hatchback yang nampak muda ini
dicipta untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden, seperti yang dicadangkan
oleh bentuk yang dinamik dan sporty, dalaman yang premium dan prestasi enjin yang
unggul.
Suprima
S yang ditawarkan di Brunei adalah varian Premium dan spesifikasi sama dengan
varian yang dilancarkan di Malaysia Ogos lalu. Spesipikasi ini adalah termasuk
Proton Infotainment dengan Sistem
Operasi Android, lampu LED, lampu cahaya siang hari (Daytime Running Lights), Hill-Hold
Assist (pembantu pemegang dibukit), dan Park
Assist dengan sensor parking di hadapan.
Proton
Suprima S dikuasai dengan enjin Proton 1.6L Turbo. Dipasangkan dengan
7-kelajuan ProTronic CVT, ia memberikan kuasa dan torque bersamaan dengan enjin
2.0 liter. Kuasa 1.6L menghasilkan 140 PS 5000rpm, dan dengan tourque maksimum
205Nm dari 2000 hingga 4000rpm.
Menurut
Ketua Pegawai Operasi (Komersial) Proton Sdn. Bhd, Encik Hisham Othman,
berdasarkan tawaran spesifikasi yang tinggi pada Suprima S, Proton yakin model
ini akan mendapat sambutan yang baik di Brunei.
Proton
telah berada lebih 26 tahun di Brunei dan kami
mahu mengukuhkan kedudukan di sini untuk jangka masa panjang.
Dengan
sokongan daripada pengedar United Motors, Proton akan terus menjadi jenama yang
diterima di negara ini sebagai jenama yang menawarkan kereta selamat, bermutu dan berbaloi, tambah beliau lagi.
Specifikasi
utama Suprima S termasuk Electronic
Stability Control (ESC) dengan break
assist, traction control, Anti-lock Braking System (ABS), anti-trap power windows, Park Assist dengan sensor parking, dan
camera di belakang.
Proton
Suprima S datang dengan 7-spoke, 17
inci touchscreen dengan system navigasi,
kerusi leather, punat Push Start, paddle shifts, dan auto cruise adalah di antara specifikasinya.
Proton
Suprima S disediakan dengan lima warna: Fire Red, Transquility Black, Solid
White, Genetic Silver, dan Atlantic Blue.