Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, November 22, 2013

Uji Pandu Audi A7 Sportback


TCY Motors Sdn Bhd berjaya mengeluarkan kereta mewah dan agresif serta memperkenalkan kereta edisi model terbaru iaitu Audi A7 Sportback.

TCY Motors Sdn Bhd, selaku pengedar tunggal jenama Audi di negara ini, memperkenalkan Audi A7 adalah kereta yang unik dari barisan model-model Audi yang mana bentuk badan A7 sangat mengelirukan, ianya boleh jadi kereta mewah, Coupe, Sport atau pun Wagon yang digabungkan menjadi reka bentuk terbaru yang sangat menarik dan unik.

Model terbaru Audi A7 ini berukuran 4.97m panjang mempunyai ruang yang luas, dengan peralatan elektronik canggih yang memberikan keselesaan kepada pemandu serta penumpangnya.

Berat A7 Sportback juga telah dikurangkan bagi memberikan pemanduan ringan dan sempurna. Pembinaan aluminium hybrid terdiri daripada lebih kurang 30% aluminium, 45kg lebih ringan berbanding dengan pembinaan besi tradisional. Inilah yang membuatkan model ini ringan apabila dijalankan.

Audi A7 Sportback masih berwajah mirip A7 Sportback standard, S7 Sportback, dan dilengkapi dengan enjin baru, yang berkonfigurasi V6 dengan kapasiti 228kW/310hp, tork 440Nm tetapi hanya membakar 8.2 liter bahan api bagi setiap 100km dengan pengeluaran karbon dioksida yang rendah iaitu 190 g/km.

Transmisi otomatik standard juga memainkan peranan dalam kecekapan Audi A7 Sportback. 8-kelajuan tiptronic padanya memberikan kuasa kepada semua empat roda. Sistem Quattro all-wheel drive mempunyai vektor tork untuk cengkaman unggul, kestabilan dan dinamik semasa membuat pusingan di jalan.

Demi keselamatan, A7 dilengkapi dengan sistem bantuan Audi Side Assist dan Audi Pre-Sense Rear yang memulakan langkah-langkah pencegahan sekitanya kemalangan akan berlaku (seperti menutup tingkap dan menegangkan tali pinggang keselamatan).

Tambahan lagi, dengan sistem brek Kinetic (Kinetic Braking Energy), Audi mampu memberi penjimatan bahan api semasa memandu. Ianya dimuatkan dengan transmisi Multitronic DRP dengan 8-kelajuan.

Dari segi penampilan, A7 Sportback tidak berbeza jauhnya daripada S7 Sportback versi standard. Perbezaannya hanya terdapat pada gril depan, reka bentuk bampar, ambang cermin tepi, dan bampar belakang baru yang menampung diffuser dan knalpot empat cabang. Selain itu A7 Sportback juga dilengkapi dengan velg standard 19 inci.

Ruangan dalam pula lebih luas berbanding model-model yang lain terutama di bahagian bonet kereta yang menonjolkan keluasan kompartmen dalaman sebesar 1,197mm.

Ianya juga dilengkapi dengan 14 speaker BOSE sound sistem bagi versi Brunei.

Audi A7 Sportback 3.0 TFSI Quattro V6 kini boleh disaksikan dan uji pandu oleh orang ramai di Bilik Pameran Audi, Kiarong. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bilik Pameran Audi di 2442333 atau 2390725.

Lebih banyak foto Audi A7 Sportback boleh didapati di Facebook Mantuka http://www.facebook.com/Mantuka.