Tidak
mengetahui bahawa pada zaman yang semakin canggih ini, pembekal dari Negara Eropah semakin popular dikalangan pembeli tempatan, ini kerana mereka sanggup
memberi apa sahaja untuk kepuasan pelanggannya.
Semakin
banyak pembekal kereta berlawan untuk mengambil hati pelanggannya walaupun
dengan harga murah. Tetapi satu jenama masih memegang prestasi mereka sebagai
jenama pilihan terbaik sehingga sekarang.
Jenama
Peugeot bukan sekadar nama biasa bahkan ianya sudah menjadi jenama yang
dipercayai dan memberi apa yang terbaik dalam pembelian sebuah kereta. Dalam
hal ini, Peugeot memperkenalkan model terbaru khas untuk peminat jenama
tersebut di Negara Brunei Darussalam.
Mantuka telah dijemput oleh Syarikat TCY Motors Sdn Bhd bagi menyaksikan model
kereta keluaran terbaru ‘Peugeot 408’ sebagai tambahan barisan model jenama
Peugeot.
Peugeot 408 keluaran
model terbaru yang berkuasa tinggi, elegen, besar dan kelas terbaik mempunyai
spesifikasi 1.6L Turbo dengan sistem 6 transmisi kelajuan, tidak menjadi
kejutan apabila kereta tersebut mampu memecut sehingga 163bhp kerana ianya
dimuatkan dengan sistem Turbo.
Dengan keluaran terbaru
ini Peugeot telah membuat perubahan baru dari segi lampu depan dan belakang,
dan gril hadapan berbentuk lebih padat, Peugeot juga menambah kepada lampu
hadapan dengan lampu LED untuk memberi keutamaan keselamatan bagi perjalanan
waktu pagi.
Crossover baharu itu turut memiliki sisi
sofistikated yang menampakkan profil atletik. Bahagian belakang menggabungkan
elemen dinamik dan kekuatan. Ruang butnya yang rendah membolehkan pengisian
barang dengan mudah.
Walaupun ianya dijadikan sebagai kereta seperti model standard Peugeot lainnya, tetapi model kali ini mempunyai ruang yang luas, peralatan elektronik yang canggih seperti sistem radio, pemain CD, Bluetooth untuk penggunaan telefon dan peralatan elektronik untuk memberi keselesaan ketika memandu.
Bercakap mengenai sistem
keselamatan, ianya dimuatkan dengan Electronic Stability Program (ESP) dengan
sistem anti Brake (ABS), EBD dan EBA. Tidak dilupakan kereta tersebut dilengkapi
dengan enam bag angin untuk keselamatan dibahagian pemandu dan juga ruang belakang
penumpang.
Bersempena dengan perkenalan model terbaru ini, TCY Motors juga menyediakan pelabagai jenis barangan cenderamata Peugeot terdiri daripada jam tangan, pakaian, permainan, power bank, USB keychain dan banyak lagi.
Peugeot 408 terbaru dipamerkan di bangunan Bilik Pameran Audi di Jalan Kiarong. Orang ramai juga boleh menghubungi ditalian 2426969 untuk keterangan lanjut.
Bersempena dengan perkenalan model terbaru ini, TCY Motors juga menyediakan pelabagai jenis barangan cenderamata Peugeot terdiri daripada jam tangan, pakaian, permainan, power bank, USB keychain dan banyak lagi.
Peugeot 408 terbaru dipamerkan di bangunan Bilik Pameran Audi di Jalan Kiarong. Orang ramai juga boleh menghubungi ditalian 2426969 untuk keterangan lanjut.