Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, December 16, 2013

Uji Pandu Proton Suprima S


Pengeluaran model terbaru Proton, 'Suprima S' merupakan model Premium yang bertaraf moden menjadi tarikan orang ramai yang kini dilengkapi dengan system Turbo 1.6 liter.

Pihak Mantuka telah dijemput untuk menguji pandu bersama United Motors Sendirian Berhad. Sesi uji pandu itu bermula dari Bilik Pameran United Motors di Manglait dan menuju ke Lebuhraya ke Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas dan kemudiannya berpatah balik ke bilik pameran tersebut. Dalam uji pemanduan yang mengambil masa satu jam sudah cukup untuk menggambarkan akan kelebihan model yang terdapat pujian orang ramai.

Walaupun bentuk badan Proton Suprima S mempunyai rupa yang menarik dan sportif itu bukanlah satu-satunya perkara yang membuatkan model ini kepujaan umum, bahkan ianya mempunyai kelebihan yang lebih menarik.

Sebaik saja anda duduk dalam Proton Suprima S, perubahan dalam bahagian kualiti dan reka bentuk dalaman adalah sangat jelas. Ianya sangat sportif dan mempunyai keselesaan dinamik yang cukup elegan dan canggih. Kombinasi keseronokan visual dan sentuhan selesa terbukti adalah kombinasi yang dipilih dengan teliti.

Pemanduan Suprima sangat mantap dan selesa, terutamanya apabila menyentuh berkenaan sifat keseronokan sewaktu memandu. Apa yang menarik lagi adalah bunyi enjin yang kuat adalah bunyi turbo yang bersemangat apabila anda menjalankan kereta tersebut. Kereta ini sangat sesuai bagi peminat kereta yang suka pada spesifikasi turbo dan badan Suprima S yang sangat sportif.

Pengendalian dan kawalannya cukup memuaskan dan stabil. Suprima S amat selesa dipandu terutamanya ketika mengambil selekoh dijalan berliku dan memecut di jalan yang lurus pada kelajuan tinggi. Kestabilan kawalan Suprima S adalah dari pengaruhan Lotus.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya akan kemampuan kuasa Proton Suprima S Premium ini, kereta tersebut menggunakan enjin 1.6 liter yang turut dilengkapi dengan sistem Turbo menyalurkan kuasa maksima sehingga 140 kuasa kuda dangan kemampuan torque 205Nm, mengesahkan lagi kehebatan enjin Campro oleh jenama Lotus dengan bantuan sistem turbo yang kadang-kala masih dipandang rendah oleh sesetengah orang.

Sebagai pemandu, keselesaan memegang stereng di samping keseronokan menekan pedal minyak, saya mendapat bonus apabila ruang dalamannya menawarkan keselesaan yang cukup memuaskan. Ruang tempat duduk belakang antara yang sering diperkatakan dan sememangnya ia sangat luas dan selesa apatah lagi tempat duduk disediakan dengan kulit leather.

Ruang kaki yang luas dan tahap kelegaan kepala yang mencukupi, Proton berjaya menambah baik ciri-ciri yang sangat diperlukan terhadap sebuah sedan dalam segmen yang sangat kompetetif ini bagi menjadikannya pilihan bukan saja kepada pemandu individu, malah untuk sesebuah keluarga.

Bercakap mengenai ruang bonet belakang, ianya juga cukup luas. Anda boleh mengisi apa saja terutamanya ketika melakukan aktiviti peluang ke kampung.

Pengalaman memandu Proton Suprima S dalam sesi kali ini bagi saya adalah suatu pengalaman yang cukup berharga. Kesimpulannya, Proton Suprima S merupakan salah sebuah keluaran kereta terbaik dari Proton setakat ini. Sebuah sedan serba lengkap pada harga berpatutan, padat dengan ciri-ciri dan tahap keselamatan yang melebihi pesaingnya.

Tidak cukup dengan hanya mendengar dan melihar, pengalaman memandu ujinya sendiri adalah bukti yang paling nyata. Orang ramai boleh berkunjung ke Bilik Pameran United Motors Sendirian Berhad, Manglait untuk membuat uji pandu sendiri.