Selepas Audi mendapat respon yang baik di negara ini,
Audi kini meningkatkan lagi karateristik keatas kereta yang melambangkan kepada
kereta sportif Audi iaitu Audti TT edisi keluaran Coupe S Line Competition.
Keluaran terbaru di Brunei Darussalam ini menyediakan jenis enjin 2-litre TFSI
turbo petrol 155 kW yang mempunyai kuasa pecutan sehingga 211 kuasa kuda.
Edisi khas Audi TT menggabungkan kesemua elemen dari
pakej S line Sport dan pakej luaran S line dan penambahan ciri-ciri yang
eksklusif. Ini termasuk bumper depan yang direka khas, air inlet dan sill
sebelah, lencana S line, trim eksos dan juga dimuatkan dengan perasap
tersendiri (diffuser).
Dengan keluaran
terbaru ini Audi telah membuat perubahan terbaru dari segi lampu depan dan
belakang, yang berbentuk lebih padat, Audi juga mengubah lampu Xenon dan LED
yang mengelilingi lampu depan memberi keutamaan bagi perjalanan waktu pagi, Lampu
LED tersebut akan lebih menyala jika dilihat dari jarak jauh, apatah lagi TT
terbaru mempunyai bentuk badan yang lebih dinamik dan sportif berbanding dengan
model sebelumnya.
Keluaran terbaru ini disediakan dengan warna Oren Samoa
Metallic, Putih Glacier Metallic, Daytona Gray Pearl Effect dan Merah Misano
Pearl Effect boleh didapati tanpa tambahan kos. Audi juga menyediakan tayar
alloy berukuran 19 inci dengan reka bentuk lima lengan “rotor” yang di warnakan
hitam.
Tempat duduk didatangkan secara standard dengan ‘perforated
Alcantara upholstery ‘ dalam gabungan dengan jahitan kulit leather hitam
dan perak. Ruang dalaman juga dibuat dengan aluminium matt brushed dengan warna
seperti warna luaran iaitu Oren Samoa bagi memberi kombinasi warna yang menarik.