Kehadiran Mazda Biante Skyactiv yang
diedarkan oleh Grand Motors Sdn Bhd ke pasaran Brunei memberi tambahan pilihan
pelanggan mengikut kesesuaian mereka memiliki kereta berprestij yang ditawarkan
oleh jenama Mazda.
Walaupun Mazda Biante sudah lama
diperkenalkan di negara Jepun dan negara-negara Asian lainnya tetapi pasaran
kereta jenis MPV seperti Biante setentunya diminati di negara ini terutama
pemandu yang mempunyai keluarga yang besar.
Semasa pihak media menyaksikan lebih
dekat akan kehebatan kereta tersebut, Mazda Biante yang dilengkapi dengan
teknologi Skyactiv dibekali dengan enjin 1.997 cc, Direct Injection Spark Ignition
(DISI) 4-silinder, DOHC, 16 valve. Dengan Kompresion ratio 12.0:1 memberi kuasa
maksimum kepada 151 PS pada 6000 rpm dan torsi 190 Nm pada 4100 rpm.
Seperti dijangkakan Biante Skyactiv
memiliki transmisi automatik 6 kelajuan. Mazda melengkapinya dengan sistem
i-Stop yang dapat mematikan enjin kereta semasa berhenti dalam beberapa detik untuk mengjimatkan
penggunaan minyak.
Tambahan lagi, Biante Skyactiv
dikuasakan oleh 4W Antilock Brake sistem (ABS), EBD, Emergency Brake System
(EBS), Dynamic Stability Control (DSC), Traction Control System (TCS), Hill
Launch Assist (HLA) bagi menahan kendaraan saat berhenti ditanjakan, apa yang
menarik mengenai keselamatan kereta ini ialah ‘Speed Sensitive Power Door
Locks’ yang mana ianya mengunci kenderaan secara automatic ketika kenderaan
mula bergerak yang aktif pada kecepatan 20km/ jam.
Pada bahagian tempat duduk tersedia
tiga jenis pengaturan yang dapat disesuaikan dengan pengguna. Tiga mode
tersebut Living Mode, Semi-Living Mode, dan Occupants + Rear Luggage Mode
pengaturan yang menyediakan bagasi luas tanpa harus meliat kursi.
Kerusinya direka supaya mudah
dilipat untuk memberi lebih ruang kargo. Bukan itu sahaja, kedudukan tempat
duduk baris kedua dan ketiga adalah lebih tinggi berbanding tempat duduk
hadapan. Sementara pintu sis belakang dikuasakan elektrik pada kedua-dua belah
sisi kenderaan untuk memudahkan urusan keluar dan masuk.
Sebagai
sebuah MPV, ruang kabin Biante direka agar luas dan praktikal. Boleh
menempatkan tujuh penumpang dengan selesa, Biante mengetengahkan rekaan dalaman
yang moden.
Walauabagaimanapun,
apa yang saya tidak gemar mengenai dalaman kereta warna keputihan pada
keseluruhan ruang kabin termasuklah fabrik tempat duduk. Ini sememangnya nampak
cantik dan luas, tetapi ia juga sangat mudah kotor.
Untuk sistem audio dan interior
tidak ada perbezaan dengan model Mazda lainnya, hanya saja ada penambahan 6.1
display sesentuh dengan LED backlighting yang dapat dioperasikan melalui tombol
audio pada roda kendali, double DIN, 24-bit digital-to-analog-converter,
built-in bluetooth untuk hands-free phone dan audio streaming.