Chevrolet ‘Trailblazer’, sebuah SUV
yang direka bentuk sempurna menumpukan kepada kekuatan, kecantikan dan dijamin
kepada keseronokan dalam pemanduan pengembaraan dan diluar permukaan yang tidak
rata.
Trailblazer sebuah kereta yang mesti
didapati kereta ianya mempunyai bentuk badan yang besar seperti sebuah kereta
tahan lasak dengan ciri-ciri SUV berprestij tinggi. Trailblazer dilengkapi
dengan lampu depan dan belakang LED, lampu fog, sensor undur dan tayar alloy
berukuran 18 inci yang tidak dapat ditandingi oleh jenis SUV lainnya.
Seperti yang dikatakan, Chevrolet
Trailblazer tidak akan memberi sesalan kepada pemiliknya, kerana ianya dimuatkan dengan enjin berkuasa
tinggi iaitu 2.8 litre diesel 4 silinder dan 16 bal yang mampu menyalurkan sekuat 178 kuasa kuda
dan 470 nm tork pada 2,000 rpm. Walaupun kereta yang dinamakan mempunyai kekuatan
yang sangat hebat setelah dilengkapi lagi dengan Variable Geometry Turbo,
tetapi Trailblazer mempunyai sistem penjimatan minyak.
Menaiki bukit-bukau tidak menjadi
masalah dengan adanya punat mode 4WD. Punat tersebut boleh ditukar dari 2WD
kepada 4WD Hi dan 4WD Lo. Untuk memberi kuasa lebih dalam menaiki sebarang
bukit-bukau mengikut permukaan jalan.
Bercakap mengenai keselamatan,
seperti yang disebutkan tadi, Trailblazer dianugerahkan dengan kelas
keselamatan Euro NCAP 5-bintang. Disamping itu, kereta tersebut memenangi
beberapa anugerah dari majalah kereta antarabangsa ini termasuk anugerah sebagai 12 buah kereta terbaik tahun 2013 dan
pemenang majalah SUV/Crossover Leisure Wheel Magazine 2013’.
Antara lainnya, Trailblazer
mempunyai frem besi yang keras khas untuk menjaga keselamatan pemandu dan
penumpang semasa kemalangan, bag angin dibahagian pemandu dan penumpang,
pengawal kestabilan elektrik, pengawal perjalanan bukit dan Anti Brake System
(ABS).