TCY Motors Sendirian Berhad dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan Kempen Derma Darah yang akan berlangsung di Bilik Pameran Peugeot Brunei, Kiarong. Kempen tersebut akan diadakan pada hari Sabtu, 15hb Februari 2014 dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Kempen ini adalah satu inisiatif TCY Motors bagi menggalakkan kakitangannya dan orang ramai untuk beramal dan berbakti kepada masyarakat umum selain dari menjalankan tugas-tugas rasmi.
Dengan adanya kempen ini dijalankan, ianya juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kebaikan menderma darah, menanam sifat keperihatinan terhadap penderitaan insan yang lain dan seterusnya meningkatkan kesedaran tentang perlunya untuk sentiasa mempunyai tubuh badan yang sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Adapun tujuan untuk mengadakan kempen ini adalah untuk membantu menambah simpanan tabung darah bagi kegunaan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan seterusnya untuk membantu pesakit-pesakit yang memerlukannya.