Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, March 21, 2014

Mitsubishi Lancer EX 1.6 Litre, lebih murah lebih bergaya!



Jenama Mitsubishi Motors memang tidak asing lagi dengan keluaran model-model kereta yang hebat dan dipercayai oleh pengguna di Negara Brunei Darussalam. 

Antara model-model terkenal itu termasuk Mitsubishi FTO, GTO, ASX, Attrage, Pajero dan setentunya Mitsubishi Lancer yang dikeluarkan secara berjenerasi. Model terkini keluaran Lancer adalah Lancer EX 2.0 sebuah model yang diminati oleh kalangan anak muda.

Pada tahun ini, Goh Hock Kee Motors sekali lagi memperkenalkan keluaran Mitsubishi Lancer EX MY14, yang mana kereta ini dimuatkan dengan enjin MIVEC 1.6. kalau dibandingkan dengan Lancer EX 2.0, kereta terbaru ini dikatakan lebih murah tetapi member karakteristik yang sama seperti Lancer EX 2.0.


Lancer EX 1.6L ini menawarkan kaedah kesenangan dan keselesaan semasa memandu. Antara cirri-ciri teknologi yang dimuatkan didalam kereta tersebut ialah Pengawal Audio, alat kawalan jauh, ruang USB, system bag keselamatan dan tempat duduk fabric.

Kepada peminat kereta Lancer EX, pelanggan juga boleh mendapatkan kereta tersebut bersama dengan Packej Edisi Aero Package Body-Kit yang memberikan bentuk badan yang lebih menarik dan sportif, apatah lagi, ianya akan dimuatkan dnegan Lampu LED waktu pagi, Side Skirt, lip depan dan banyak lagi.

Dengan adanya Teknologi MIVEC, Mitsubishi menyalurkan kuasa perjalanan yang stabil dan sempurna dengan inovatif Pengawal Elektronik Timing Valve. Lancer EX 1.6 terbaru ini dikeluarkan dengan dua jenis transmisi iaitu 4-kelajuan Transmisi Autotmatic dengan INVECS-II dan 5-kelajuan Tranismisi Manual.

harga kereta tersebut boleh didapati dengan harga dibawah B$23 ribu.