Setelah NBT (B) baru-baru ini melancarkan beberapa model terbarunya
seperti Toyota Vios dan Prius Hybrid, kini NBT sekali lagi menampilkan model Corolla Altis
keluaran Toyota. Reka bentuk yang membawa kepada zaman kemodenan mempunyai
wajah hadapan yang lebih dikatakan sempurna dan aerodinamik.
Model ini mempunyai bumper hadapan yang rendah yang dimuatkan dengan fog
lamp. Dibahagian sisi kereta Altis baru mempunyai profil garisan panjang lurus
yang berjalan dari depan ke belakang, ini menjukkan sebuah kereta yang
menandakan kereta jenis keluarga yang moden. Manakala dibahagian belakang, reka
bentuk lampu berhenti yang padat dengan perkataan Altis yang lebih besar.
Tambahan lagi, gaya bentuk lampu hadapan lebih menarik dari model
Corolla sebelumnya, kereta tersebut dilengkapi dengan lampu LED perjalanan
waktu pagi.
Kelebihan Corolla Altis itu dibuktikan dalam sesi uji pandu khas yang
dikelolakan oleh kakitangan NBT dan pengamal media tempatan. Sebelum bermula
uji pandu pada media diberi keterangan dan panduan cara-cara pemanduan secara
pertahanan dan teknik memandu perlumbaan menggunakan kereta itu.
Medan uji pandu ialah Taman Permainan Jerudong kerana dipercayai ia
sangat sesuai untuk beberapa pemanduan praktikal dan mempunyai kawasan yang luas
untuk menguji pemanduan mengikut obstacle yang disediakan sama ada dalam
pemanduan santai dan kecemasa.
Kakitangan NBT dan media mengalami sendiri kemuncak adrenalin dalam
pemanduan seumpamanya termasuklah mengelak dari terkena kon yang disediakan
semasa membuat pusingan mendadak pada kelajuan di tahap maksima. Dalam
pemanduan itu pihak pemandu juga diberi cabaran untuk memecut ketahap maksima
sehingga 140bhp dan berhenti secara mengejut bagi memberikan pengalaman
kecemasaran berhenti dengan bantuan Anti Braking System (ABS).
Bagi kereta Toyota Corolla Altis, uji pandu itu tidak menjadi masalah
kerana ia menggunakan sistem pemanduan FR. Altis mempunyai badan yang ringan
dan senang untuk dikawal menjadikan ianya sebuah kereta menyajikan kepada
kereta yang beresponsif dan keselamatan pemanduan yang sangat terjaga.
Di bahagian ruang dalam kereta tersebut mempunyai kedap bunyi yang baik
walaupun memandu pada kelajuan yang sangat tinggi sekali gus memberikan bunyi
yang senyap dibahagian dalam, semasa merentasi perjalanan berlupak atau hump
membuktikan pemanduan jelas merasakan tiada impak dari gegaran absorber jenama
Mcpherson Strut dengan torsion beam setentunya memberi kan keselesaan kepada
pemandu dan penumpang.
Ini adalah disebabkan teknologi terkini enjin 1.8 4 silinder in-line 16
Valve DOHC dengan VVT-i Timing Valve yang dipertingkatkan dari enjin model
sebelumnya. Ini membolehkan Corolla Altis memberikan performance sepenuhnya
dari julat rendah ke pertengahan dan juga penjimatan minyak kepada 14.9Km/L. ini
bermakna 13 peratus lebih kuasa, 16 peratus penjimatan minyak yang lebih
baik dengan pengurangan emisi Co2.
Bagi pandangan saya, Corolla Altis agak sedikit sempit dibahagian
pemandu walaubagaimanapun masalah tersebut boleh diubahsuai dengan membuat adjust
kerusi pemandu. Bahagian belakang pula tidak menjadi masalah ruangnya agak
luas.
Sistem keselamatan diutamakan dari segi sistem Anti Brake ABS-EBD,
Sistem Pengawal Traction (TRC), Pengawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) dan Sistem
keselamatan beg angin (SRS), badan struktur yang keras bagi keselamatan
penumpang yang dipanggil (GOA).
Antara ciri-ciri keselamatan lain seperti pengunduran sensor (reverse),
system keselamatan kawalan jauh, tempat duduk bagi keselamatan kanak-kanak
dibahagian enumpang belakang yang diiktiraf oleh ISOFIX.