Volkswagen (VW),
pengeluar kereta terbesar di Eropah dan salah satu jenama kereta yang paling
cepat berkembang di Brunei Darussalam, akan memperkenalkan sebanyak 14 buah
model kereta VW akan dijual sepanjang akhir bulan Mei ini nanti.
Mereka yang
menggemari penerokaan aktiviti luar akan mencari sesuatu model Volkswagen yang
sesuai dengan keperluan mereka dalam koleksi 'pengembaraan', manakala pelanggan
yang mempunyai ruang dan praktikal sebagai keutamaan utama mereka akan
menghargai kereta dalam koleksi 'keluarga'.
Kumpulan pertama
akan dilancarkan pada 2hb Mei ini, dengan empat koleksi yang akan
perkenalkan pada setiap hari Jumaat.
"Kami
sangat gembira untuk menawarkan pelbagai kereta Volkswagen di Brunei,"
kata Chan Key Hong, Pengarah Eksekutif Maju Motors Sdn Bhd, Chan Key Hong
mewakili Volkswagen Brunei Darussalam.
Menurutnya,
"Semakin ramai orang di Negara ini sedar akan perbezaan Volkswagen
sekarang, dan bagaimana kejuruteraan lanjutan jenama Jerman menuju kepada
kelebihan dan kebaikan untuk mereka," katanya. "Dengan keluaran
model-model penuh VW yang akan diperkenalkan pada akhir Mei, memang ada sebuah
Volkswagen yang sesuai untuk semua orang.”
Untuk memulakan
kempen ini, Maju Motors baru-baru ini mengadakan aktiviti-aktiviti keluarga di
bilik pameran Maju Motors Sdn Bhd pada 26-27 April lalu.
Aktiviti
termasuk melukis muka, sebuah pondok gambar dengan prop menyeronokkan, belon yang akan diberikan secara percuma dan
baunser untuk kanak-kanak.
Terdapat juga pertandingan "Guess the Volkswagen", mana-mana
peserta yang dapat tekaan 100% tepat akan membawa pulang cenderahati
Volkswagen. Di samping itu, semua pelawat yang hadir ke bilik pameran
Volkswagen akan disajikan dengan pastri Bakerlyn, ais krim dan gula-gula flos
(gulali).
Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Acara Hujung Minggu Volkswagen.
Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Acara Hujung Minggu Volkswagen.