Pelancaran Mazda 3 2014 yang berlangsung hari ini di
Bilik Pameran Mazda mencatat sejarah baru bagi Syarikat Grand Motors yang telah
memasarkan kereta buatan Jepun itu.
Pelancaran
kereta tersebut yang disempurnakan oleh Duta Besar Jepun ke Brunei Darussalam,
Tuan Yang Terutama Kenichi Suganuma bersama dengan Pengarah Urusan Grand Motors
Sdn Bhd, Frankie Ho setentunya menandakan era baru bagi model Mazda 3 jenis C
segment ini yang di reka dengan teknologi Skyactiv sebagai teknologi yang
memberikan ciri-ciri penjimatan minyak, komponen peningkatan pemanduan dan
falsafah kejuruteraannya bertemakan kepada ‘KODO – Soul of Motion’.
Menurut
Tuan Yang Terutama dalam ucapannya, pelancaran ini seiring dengan sambutan
ulang tahun ke-30 tahun kerjasama Diplomatik diantara Negara Brunei Darussalam dan Jepun, pada itu juga pelbagai aktiviti yang diadakan pada tahun ini. Beliau
juga ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Syarikat Grand Motors Sdn Bhd
yang telah menjayakan pelancaran Mazda 3 terbaru yang telah menjadi sebagai
salah sebuah kereta calon ‘Anugerah kereta terbaik 2014’.
Keluaran
Mazda 3 dinegara ini akan memberi impak baik kepada masyarakat Negara, kereta
generasi terbaru ini adalah sebagai model penting yang telah berjaya menjual
lebih 30 peratus jualan unit dalam lebih 120 negara.
Mazda
3 terbaru ini menawarkan enjin petrol Skyactiv-G 1.5liter. Enjin tersebut mampu
menyalurkan menghasikan puncak 88kW pada 6,000rpm dan 150Nm Torque pada
4,000rpm untuk memberikan sebanyak torque semasa membuat penekanan rev pada
waktu yang sama ianya menjimat minyak.
Kereta
ini dilengkapi dengan transmisi Skyactive-Drive transaxle automatic enam
kelajuan, transmisi yang memberi pilihan kepada pemandu sama ada menggunakan otomatic atau secara manual. Apa yang menarik mengenai teknologi kereta ini
adalah Rear View Monitor (RVM), teknologi ini mampu memberi amaran awal semasa
memandu jika ada kereta menghampiri di sudut badan kereta untuk mengelak dari
impak kemalangan atau membantu dibahagian yang susah untuk dilihat.
Skyactiv-Body
memberi keselamatan penumpang secara agresif yang mana dengan teknologi
menyerap tenaga impak kemalangan dari pelbagai arah dan mengurangkan peluang
struktur kabin dikompromi. Standard keselamatan lain termasuk dua bag angin keselamatan untuk pemandu depan dan penumpang, pengurangan kecederaan sandaran kepala depan
(whiplash), anti-lock brakes (ABS),
Pengawal Stabiliti Dinamik (DSC), tali pinggang keledar pretensioner dengan
load limiters dan juga tempat duduk keselamatan kanak-kanak ISOFIX.
Mazda
3 terbaru ini adalah sebuah kereta kompak yang seronok dipandu diambil dari teknologi
jenerasi pertama dan kuda, kereta tersebut bukan saja direka untuk
penghantaran, ianya juga sebagai kawan, memberi tenaga dan daya hidup kepada
pemiliknya setiap hari.