Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, April 19, 2014

Proton memperkenalkan tiga buah model terbaru

United Motors selaku pengedar kereta-kereta jenama Proton memperkenalkan tiga buah model terbaru iaitu Gen2, Persona dan Saga FLX yang kini boleh didapati di bilik pameran United Motors Sdn Bhd.

Keluaran model terbaru ini bukan saja memberi kepuasan dari segi bentuk badan yang unik bahkan perkhidmatan berkualiti menjadikan Proton sebagai jenama yang mula dipercayai dinegara ini.

Ketepatan pengendalian pemanduan yang hanya diperolehi dari Lotus Ride dan teknologi seperti ABS dan EBD memastikan tayar anda kukuh di jalan raya. Rekaan ergonomic dengan sentuhan mendalam ketiga-tiga jenis model memastikan keselesaan dan kemudahan bagi keseronokan pemanduan sebenar.

Perlindungan penumpang mencegah kecederaan serius sekiranya berlaku kemalangan yang tidak dijangkakan atau secara mendadak, dengan adanya tali pinggang tempat duduk pra-tegang dan dua bag udara memastikan keselamatan dari sebarang impak dapat mengurangkan kecederaan pemandu atau penumpang didalamnya.

Salah sebuah kereta yang menjadi minat ramai ialah Proton Persona, rekaan yang kontemporari mengkagumkan pemilik yang didefiniskan sebagai kereta elegan. Dari hadapan hingga belakang, persona baru menunjukkan keanggunan dengan badan Persona yang dimuatkan dengan bodykit penuh, lampu LED belakang, aloi rim, dan ruang dalaman yang lebih luas.

Manakala, Saga FLX adalah kereta eksekutif mempunyai bentuk badan yang bergaya dilengkapi dengan Transmisi yang boleh diubah secara berterusan (Continously Variable Transmission (CVT), bagi perjalanan yang lancar. CVT tersebut menggunakan tali sawat bukannya menggunakan gear tetap untuk menjadikan torque enjin menjadi kuasa. Ini memberikan penukaran gear yang licin, lebih menjimat minyak dan emisi mesra alam.

Menurut Amran Junaidi dari United Mtoors, “Kereta ini mampu dibeli, kereta Proton dibina berprinsipkan Lotus Ride dan Teknologi Pengendalian yang kini dikendalikan sebagai Proton Ride and Handling. Teknologi pengendalian canggih ini adalah berasal dari pembuat kereta Lotus di UK yang diselidik untuk memberi keselesaan dalam pemanduan dan pengendalian termasuk keselamatannya”.

Dengan harga kereta yang terjangkau, harga kos yang murah dan senang mendapatkan peralatan ganti dan perkhidmatan penyelenggaraan adalah factor utama orang ramai mencari sebelum membeli kereta, Persona, Gen  dan Saga FLX adalah yang terbaik memberikan kaedah dan faedah untuk kepuasan pelanggannya.