Mazda 3 2014 menampilkan keluaran terbaru yang direka
bentuk dengan bertemakan desain Kodo (Soul of Motion). Mazda 3 terlihat seperti
penampilan Mazda 6 terutama sekali dibahagian depan walaubagaimanapun ianya
direka khas untuk keseronokan pemanduan yang dilengkapi dengan teknologi
Skyactiv.
Keluaran Mazda 3 2014 yang dipasarkan dinegara ini
akan memberi impak baik kepada masyarakat Negara, kereta jenerasi ketiga ini
adalah sebagai model penting buatan Jepun yang telah berjaya mengutip
pendapatan sebanyak 30 peratus jualan unit dari lebih 120 negara secara global.
Mazda 3 jenerasi terbaru ini agak sedikit berlainan
dengan model sebelumnya yang mana versi 2014 mempunyai ukuran 2,700mm lebar dari
segi jarak roda, iaitu 60mm lebih panjang dari jenerasi sebelumnya.
Walaubagaimanapun, model sedan 10mm pendek dari segi
panjang pada 4,580mm. bahagian dalam pula, siling atas Mazda 3 dikurangkan
kepada 20mm dan menambah 40mm dibahagian pinggul yang masih memberi keluasan
dibahagian persekitaran bahagian kepala. Tambahan lagi, kereta tersebut
menawarkan ruang kaki penumpang belakang dilebarkan kepada keluasan 909mm.
Mazda 3 terbaru ini menawarkan enjin petrol
Skyactiv-G 1.5liter. enjin tersebut mampu menyalurkan menghasikan puncak 88kW
pada 6,000rpm dan 150Nm Torque pada 4,000rpm untuk memberikan sebanyak torque
semasa membuat penekanan rev pada waktu yang sama ianya menjimat minyak.
Kereta ini dilengkapi dengan transmisi
Skyactive-Drive transaxle automatic enam kelajuan, transmisi yang memberi
pilihan kepada pemandu sama ada menggunakan automatic atau secara manual. Apa
yang menarik mengenai teknologi kereta ini adalah Rear View Monitor (RVM),
teknologi ini mampu memberi amaran awal semasa memandu jika ada kereta
menghampiri di sudut badan kereta untuk mengelak dari impak kemalangan atau
membantu dibahagian yang susah untuk dilihat.
Bercakap mengenai keselamatan pula,
Skyactiv-Body memberi keselamatan penumpang secara agresif yang mana dengan
teknologi menyerap tenaga impak kemalangan dari pelbagai arah dan mengurangkan
peluang struktur kabin dikompromi. Standard keselamatan lain termasuk dua bag
angin untuk pemandu depan dan penumpang, pengurangan kecederaan sandaran kepala
depan (whiplash), anti-lock brakes
(ABS), Pengawal Stabiliti Dinamik (DSC), tali pinggang keledar pretensioner with load limiters dan juga
tempat duduk keselamatan kanak-kanak ISOFIX.