Orang ramai dijemput untuk datang ke Mall, Gadong kerana Syarikat QAF Auto Sdn Bhd akan memperkenalkan dua buah model Mini terbaru iaitu model Mini Cooper 1.5cc dan Mini Cooper S 2.0cc yang dilengkapi dengan teknologi Twin Power Turbo.
Jerayawara ini akan berlangsung dari 16hb sehingga 18hb Mei
2014 di The Mall, Gadong bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Ada pelbagai aktiviti menarik turut diadakan pada jerayawara itu nanti termasuk melukis menggunakan
berus cat, membuat karakutur dan kuiz berhadiah yang akan disampaikan oleh DJ
Izan. Dari aktiviti-aktiviti ini akan menggalakkan semua orang untuk berseronok bersama MINI. Sebab itulah ciri-ciri sebuah MINI: Kreatif, unik, berlainan, dan seronok.
Mini adalah
sebuah kereta kecil yang direka oleh British Motor Corporation (BMC). Model
asli dari kereta ini dianggap sebagai simbol dari Negara inggeris pada tahun
1960-an dan kini ianya sangat popular diseluruh dunia.
Orang ramai akan
berpeluang menyaksikan kehebatan kereta tersebut yang kini berada di Negara
ini, tambahan lagi, model terbaru ini mengeluarkan sebuah model Mini yang
menggunakan enjin 3-Silinder.
Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Pelancaran MINI Cooper 1.5
Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Pelancaran MINI Cooper 1.5