Volkswagen Brunei telah menambah kepada mesra pelanggan dan memperkenalkan koleksi keduanya di minggu kedua dalam bulan Mei ini daripada tiga model iaitu Scirocco, Golf GTI dan CC R-Line. Model-model ini dipilih kerana ianya menandakan kehidupan seseorang.
Model Scirocco menawarkan
keseronokan memandu, reka bentuk yang menarik, teknologi mewah seperti enjin
1.4 TSI Twincharger dan transmisi 7-kelajuan
DSG dual-clutch. Ianya mempunyai
enjin turbocharged yang memberikan
kuasa setinggi 160 bhp, ruang untuk empat orang dewasa walaupun model ini dalam
barisan sportif, dan keselamatannya tahap yang sangat tinggi.
Model yang dipasarkan di
Brunei Darussalam mempunyai engine 1.4 TSI Twincharger
memberikan kuasa setinggi 160 kuasa kuda dan 240 Newton-meter tork yang memberikan pecutan berprestasi
sportif, serta penggunaan bahan api hanya 6.5L/100km.
Scirocco adalah salah satu kereta sport yang paling menarik dari
segi harga. Walaupun dengan ciri-ciri standard Scirocco meletakkannya di tahap
yang sama dengan kereta coupe yang mahal. Model ini dipadankan dengan 18 inci
'Interlagos' roda aloi, stereng leather,
brek handle tempat letak kereta dan shifting lever grip, kerusi sport,
sensor hujan, sistem audio 'RCD510' dengan 8 speaker, Program Elektronik
Penstabilan (ESP), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), enam beg udara dan banyak lagi.
Model ini digabungkan
dengan ikon masa depan dan nama yang tidak akan dilupakan: ‘GTI’. Golf GTI dilengkapi
dengan enjin petrol 4-silinder, 2.0 liter turbocharged
direct injection dan memberikan kuasa sehingga 220 kuasa kuda pada
4,500-6,200rpm serta mampu mencapai tork sehingga 350 Newton-meter pada
1,500-4.400rpm.
Enjin tersebut dipadankan
dengan 6-kelajuan kotak gear dual klac (DSG). Golf GTI mencapai nilai
penggunaan bahan api serendah 6.6 L/100km (CO2: 153g/km). Penggunaan bahan api
rendah dan pelepasan nilai padan dengan prestasi pengendalian Golf GTI. Ia
memecut ke 100 km/j dalam 6.5 saat dan mempunyai kelajuan tertinggi 244 km/j.
Generasi ketujuh ikon sport
adalah yang pertama bagi Golf GTI untuk melancarkan teknologi standard seperti
stereng progresif yang mempunyai prestasi hebat serta pemanduan yang hebat
membolehkan anda rasa selesa menyimpan kuasanya di bawah kawalan, memandu pemilih
profil, Automatik Post-Collision Braking
System dan fungsi canggih XDS+ dinamik kenderaan.
Pembinaan R-Line keatas yang sedia ada pada GT itu adalah dari segi jeriji depan yang mempunyai logo R-line dengan lampu kabus bulat, logo R-Line di bumper depan, logo R-Line di jeriji radiator, lampu LED bagi perjalanan waktu pagi dan roda aloi 18 inci 'Mallory'. Dalamannya pula, R-Line mempunyai pelbagai fungsi stereng bagi melengkapkan rupa sport.
Kuasa model ini datang dari enjin 2.0 TSI Volkswagen dengan memberi kuasa setinggi 210 kuasa kuda (5,300-6,200 rpm) dan 280Nm tork
(1,700-5,200 rpm). Dipasang sebagai standard dengan enam kelajuan kotak gear
dual klac (DSG), pecutan CC R-Line dari 0-100 km/j hanya dalam 7.3 saat. Pada
masa yang sama, penggunaan bahan api adalah sebanyak 7.8 L/100km menjadikannya salah
satu kereta yang paling ekonomi di peringkat prestasi ini.
Sesuai dengan statusnya, model ini datang lengkap
dengan ciri-ciri terkini. Ini termasuk kerusi sport, 10-speaker Dynaudio sistem hiburan dalam kereta dengan
menggunakan kuasa sebanyak 600 Watt, dan Dynamic
Chassis Control (DCC) yang terus membezakan kekuatan suspension mengikut
keadaan jalan raya. Model ini termasuk Park Assist dengan Rear
Assist kamera belakang, sensor Mudah Terbuka untuk mengawal pembukaan dan penutupan bonet
belakang dan tabir belakang secara elektrik.
Model sportif Volkswagen - Scirocco, Golf GTI dan CC
R-Line - boleh diuji pandu oleh pelanggan di bilik pameran Volkswagen di Jalan
Telanai.
Jika anda ingin memenangi hadiah-hadiah dari Volkswagen, ambil lah cabaran dengan menyertai peraduan 'Teka Volkswagen', jika anda mampu menjawab semua dengan betul, Volkswagen akan memberi anda hadiah istimewa.
Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Aktiviti Hujung Minggu VW: Sportif
Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Aktiviti Hujung Minggu VW: Sportif