Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, May 25, 2014

Pelancaran Toyota Etios 1.5L

Jika anda ingin memiliki sebuah Toyota yang kos efektif, Toyota Etios adalah jawapannya. Selepas melancarkan model terbaru Toyota Yaris, NBT (B) Sdn Bhd telah melancarkan lagi keluaran terbaru mereka iaitu Toyota Etios 1.5 Sedan dan Toyota Etios 1.5 Hatchback semalam.

Toyota Etios baru adalah kereta yang praktikal mempunyai rupa yang hebat dan bergaya, keselesaan dan kecekapan bahan api yang efisien. Etios adalah salah satu Toyota yang paling berpatutan dan boleh dimiliki oleh orang ramai. Dengan pilihan 1.5L Sedan 1.5L Hatchback untuk disesuaikan dengan gaya hidup dan keperluan anda, Etios adalah teman kepercayaan anda di mana sahaja anda pergi.

Reka bentuk Toyota Etios mempunyai jeriji di depan kereta; ianya berwarna hitam untuk model Etios sedan dan krom untuk model Etios hatchback. Dengan perubahan reka bentuk cermin luar yang lebih aerodinamik akan memberikan pengendalian yang stabil dan mengurangkan bunyi angin.

Etios Sedan berukuran 4265mm panjang dan jarak roda 2550mm. Manakala Etios Hatchback berukuran 3775mm panjang dan jarak roda 2460mm.

Bahagian dalam Etios, model ini mempunyai ruang yang luas boleh memuatkan tiga orang dewasa di belakang dan masih mempunyai ruang untuk pergerakan kaki dan kepala. Ianya juga mempunyai banyak ruang di bahagian hadapan untuk barangan kecil seperti buku, kacamata hitam, kertas peta dan macam-macam lagi.

Selain daripada itu, Etios juga mementingkan keselamatan pemandu dan penumpangnya dimana ianya digambungkan dengan beg udara keselamatan, Anti-Lock Breaking System (ABS) dan banyak lagi.

Toyota Etios dilengkapi dengan peralatan system muzik 2-DIN serta port USB, Aux-in dan penyambung Bluetooth ke dual-tone upholstery, anda akan berasa selesa seperti berada dirumah setiap kali anda memasuki Etios.

Model yang dipasarkan di Negara ini mempunyai engine 1.5 liter, empat silinder, 16-valve DOHC, ditambah pula dengan 5 kelajuan transmisi manual dan memberi kuasa setinggi 66 kW pada 5600 rpm manakala tork setinggi 132 Nm pada 3000 rpm.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Pelancaran Toyota Etios 1.5L.