Para pemenang ‘Peraduan Sosial Media
Volkswagen Brunei’ hari ini menerima hadiah mereka berupa cenderamata
Volkswagen (VW) di Bilik Pameran Volkswagen, Maju Motors di Jalan Telanai.
Hadiah yang mereka
terima adalah dari peraduan yang dikelolakan oleh Volkswagen Brunei baru-baru
ini yang memuat naik gambar-gambar kereta model VW Chic Polo diambil di masjid
Ash-Shaliheen. Selepas di muat naik, para pengikut ‘Instagram’ dan’ Facebook’
disoal untuk meneka model VW apakah yang dipamerkan dan dimana lokasi telah diambil.
Lebih dari 20 pengikut
sosial media tersebut menyertai peraduan itu dan hanya tiga pemenang bertuah
dari setiap rangkaian sosial dipilih untuk memenangi hadiah istimewa.
Pemenang itu ialah
Nurul Shaeedah Azizah Md Terang, Md A’lawi Abd Aziz, Khairuldin @ Abd Arif
Omar, Nur Hamizah Md Metussin and Nor Ramizah Awg Mohamad. Mereka dimaklumkan
untuk mengunjungi bilik pameran VW untuk mengambil hadiah mereka.
Hadiah-hadiah
tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Besar Jualan Maju Motors Sdn Bhd,
Danny Noordin dan Eksekutif Pemasaran Maju Motors Sdn Bhd, Pengiran Syed Addy
Ammirul Ammar bin Pengiran Adnan.
Menurut Pengiran Syed
Addy Ammirul Ammar, peraduan ini bertujuan untuk memberi penggemar VW untuk
mengikuti permainan dan kuiz secara sihat dan membantu mendidik mereka
keberadaan jenama-jenama VW.