Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, May 15, 2014

TATA Kembali ke Pasaran Brunei

Adakah anda ingat jenama kereta TATA? Pihak Mantuka bersama rakan Media lain telah dijemput ke Worldwide Motors Sdn Bhd untuk diberi kejutan bahawa TATA akan kembali ke pasaran Brunei Darussalam dengan keluaran model-model terbaru teknologi terkini.

Worldwide Motors Sdn Bhd telah dilantik menjadi pengedar rasmi kenderaan-kenderaan jenama TATA di Brunei Darussalam yang bermula dari 26hb September 2013.

Jenama TATA terkenal dengan dua buah model lamanya iaitu 'TATA Estate' yang diperkenalkan pada tahun 1992 dan 'TATA Sumo' pada tahun 1994. Sejak jenama tersebut tidak lagi dipasarkan, ianya menjadi satu persoalan kenapa menghilang begitu sahaja. Tetapi sekarang jenama tersebut kembali kenegara ini diambil alih oleh Syarikat Worldwide Motors Sendirian Berhad yang menjanjikan keluaran model TATA yang lebih baik dan berteknologi tinggi.

Menurut Pengarah Worldwide Motor Sdn Bhd, Wafi Akramin Mohammad, “Tata Motors Limited adalah syarikat otomobil terbesar di India, dengan pendapatan USD 34.7 bilion dalam tahun 2012 hingga 2013. Tata merupakan ketua dalam kereta komersial dalam setiap segment diantara produk jenis kompak, midsize dan kereta jenis utiliti.”

Dengan perlantikan rasmi ini, syarikat Worldwide Motors Sendirian Berhad akan membawa tiga buah model terbaru TATA iaitu Manza, Vista dan Indica dimasa yang akan datang. Beliau juga yakin bahawa dengan harga murah akan membawa pelanggan untuk membeli kereta-kereta TATA.

Menurut statistik Persatuan Perdagangan Otomobil Brunei (BATA), ianya menunjukkan bahawa kereta penumpang dalam segment kecil dan kompak 2000cc kebawah merupakan kereta yang sangat popular di Brunei sejak tahun sebelumnya.

“Ini lah kereta yang menjadi tumpuan orang ramai dan TATA akan dilancarkan di Negara Brunei Darussalam beberapa bulan yang akan datang," tambah beliau lagi.

Pelanggan yang masih mencari kereta yang mampu untuk dimiliki boleh menunggu kedatangan kenderaan Tata di negara ini nanti.