MINI Asia dan QAF Auto Sdn Bhd
telah melancarkan generasi baru MINI. Direka untuk menjadi lebih besar, pemanduan
yang lebih baik dan penuh dengan inovasi teknologi yang lebih baik berbanding sebelum
ini, MINI baru akan terus menjadi utama dalam segmen kereta kecil premium.
Evolusi reka bentuk MINI baru menawarkan
ciri-ciri model yang lebih matang, mencerminkan pengoptimuman ketara dalam
aspek-aspek seperti ruang, keselamatan, bahan-bahan dan kualiti kemasan serta
dinamik pemanduan dan keselesaan perjalanan.
"MINI baru menawarkan
kemajuan yang ketara dalam semua bidang berkaitan dengan keseronokkan memandu, kualiti
dan bakat individu. Peningkatan bahan produk dalam MINI baru datang secara
langsung daripada kepakaran pembangunan cemerlang Kumpulan BMW dan mengambil
bentuk yang lebih luas berbanding sebelum ini dalam sejarah jenama ini," kata
Roger Fletcher, Pengurus Besar.
"Unit kuasa yang baru
dibangunkan yang memaparkan MINI Kuasa Berkembar Teknologi Turbo juga boleh
didapati untuk MINI baru. Baru MINI Cooper kini mempunyai enjin petrol 3
silinder dengan kuasa kuda 136hp," tambah
Cik Felda Wong.
Apa pandangan Mantuka selepas membuat
uji pandu MINI Cooper? Jangan sangka kereta kecil 3 silinder tidak berkuasa,
model ini sangat berkuasa, pecutannya kuat, tindak balas
cepat, indikasi minyak dipindah tempat yang mudah dilihat, sangat selesa dan
pengendaliannya yang selamat adalah penjelasan terbaik dari Mantuka.
Pengalaman ini dirasai sendiri oleh pihak
Mantuka memberi peluang membuat uji pandu yang dikelolakan oleh QAF Auto Sdn
Bhd. MINI Cooper baru ini akan dilancarkan pada 16hb dan akan di pamerkan sehingga
18hb Mei ini di Mall, Gadong.
Inilah kali
pertamanya Mini Cooper membuat keluaran terbaru dengan memuatkan enjin 3
silinder. 1.5 liter tetapi mempunyai kuasa kuda 136hp/100kW bermakna model ini mampu
memecut 210 kilometer sejam dalam masa hamper 8 saat. Rahsia kepantasan kereta
ini tergantung dari teknologi TwinPower Turbo dan fungsi Variable Valve Timing sepenuhnya (Fully Variable Valve Timing).
Semua model MINI baru
mempunyai engin dan pengalaman memandu yang bertambah baik manakala penggunaan
bahan api dikurangkan sebanyak 27% berbanding dengan model sebelumnya.
Kelebihan 'transmisi 6-kelajuan otomatik' menjadikan proses mengubah gear lebih lancar sehinggakan perubahan
kelajuan tidak terasa dari bermulanya menekan pedal minyak sehingga ke tahap
maksima. Semua pembaikan adalah bertujuan untuk memperhebatkan pengalaman
tangkas apabila mengendalikan MINI.
MINI baru juga menggabungkan transmisi engine
otomatik dan buat pertama kalinya menambah punat menghidupkan dan mematikan engine
dalam model MINI, dan mencegah penggunaan bahan api yang tidak diperlukan disebabkan
oleh berhenti di simpang atau semasa dalam trafik sesak.
Ciri-ciri luarannya yang berbentuk
sportif, lebih besar berbanding model Mini Cooper sebelum ini menjadikannya sebuah
kereta kecil yang memberikan perasaan memandu sebuah ‘Go kart’ yang seronok
dipandu. Penampilan kereta tersebut memberi wajah yang amat selesa berpotensi
menarik perhatian individu aktif bersukan dan mengejar masa. Semasa uji pandu
dibuat, sudah ramai yang menoleh kepala tertarik dengan MINI Cooper baru itu.
Kali ini, Mini Cooper memberikan
pilihan kepada pemandu sama ada untuk memilih tiga pilihan pemanduan iaitu ‘Green’ yang memberikan pemanduan secara
penjimatan minyak, ‘Sport’ pilihan
bagi pengalaman pemanduan secara agresif dan ‘Mid’ pilihan bagi pemanduan diantara ‘Green’ dan ‘Sport’. Mini
Cooper tidak lari dari konsep lampu LED di bahagian dalam kereta terutama
dibahagian Panel Pemuka.
Di bahagian stereng, dua pedal gear
sebagai tambahan dan alternatif kepada gear bawah. Ini membolehkan pemandu
membuat pertukaran secara manual dengan cepat dan selamat. Walaupun Mini Cooper
terbaru ini dikatakan sebuah kereta kecil tetapi dengan mudahnya boleh
memuatkan empat orang dewasa dan masih mempunyai ruang untuk pergerakan and menyimpan
peralatan yang diperlukan.
Semasa uji pandu menuju ke kawasan
Stadium Negara Hassanal Bolkiah, perjalanan tersebut terasa selesa walaupun
pada kelajuan tinggi, ini kerana kereta ini dilengkapi dengan suspensi sport
yang memberikan tindak balas pengendalian lebih tepat dan sportif.
Stabil, tangkas, dengan keupayaannya
untuk membelok di selekoh pada kelajuan optimum, ditambah dengan aspek keselamatan
cemerlang menguatkan lagi sebab kenapa Mini Cooper dianugerahkan 5-bintang keselamatan
oleh Eurocap.
Menyerlahkan lagi aspek keselamatannya,
apabila pihak Mantuka menekan brek secara mengejut, pemandu terasa selamat
kerana teknologi tali pinggang keselamatannya (gabungan tali pinggang tiga
penjuru, tegangan dan pengehad) menghalangnya tersentak ke hadapan, sebaliknya badan
terasa tertekan ke bawah.
Jika, penjelasan Mini Cooper ini tidak
memuaskan hati anda, anda boleh meminta model Mini Cooper S yang lebih berkuasa
dengan enjin 4 silinder dengan teknologi Mini Twin Power Turbo yang memberi
kuasa maksima 192 hb pada 4,700-6,000 rpm iaitu 233 km/j dalam masa 6.7 saat.
Orang ramai dialu-alukan untuk
menyaksikan jerayawara penuh dnegan pelbagai aktiviti yang akan berlangsung di
Mall bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Ikuti & 'Like' Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Uji Pandu Mini Cooper 1.5
Gambar oleh Ak. Fairol RMF, Media Permata |