Pihak Mantuka baru-baru ini telah dijemput untuk menjalankan uji pandu model terbaru dari jenams Toyota.
kali ini, kami berpeluang untuk mencuba keluaran model terbaru Toyota Yaris 2014. perjalanan kami bermula dari Pusat Perkhidmatan Badan dan Cat NBT (B) Sdn Bhd di Kampong Lambak menuju ke Kampong Serdang menguji prestasi kereta tersebut sebaik mana Yaris terbaru ini memberi yang terbaik di pasaran negara.
Toyota Yaris baru merupakan sebuah hatchback yang menawarkan praktikal, keteguhan dan nilai untuk wang. Ia adalah satu saingan kepada jenama kereta lain - walaupun kelihatannya boleh dikatakan lebih sportif daripada model lamanya. Namun Yaris tidak direka untuk menjadi aksesori fesyen, ia adalah cara yang selesa dan efesien membawa anda dari A ke B dan menawarkan pelbagai ciri-ciri ekonomi.
Versi terbaru ini memperkenalkan enjin 1NZ-FE 4 Silinder in-Line 16 Valve DOHC dengan teknologi VVT-I,
enjin tersebut mempunyai sistem minyak Electronic Fuel Injection (EFI) yang
boleh memberi kuasa sehingga 107 kuasa kuda pada 6,000rpm. Kereta tersebut juga
mampu mencapai tork sehingga 141 Newton-meter pada 4200rpm.
Yaris mempunyai keluasan dalaman yang lebih luas dan praktikal berbanding model lama, ianya juga mempunyai rekod kebolehpercayaan yang mengagumkan dan nilai-nilai jualan semula yang kukuh. Pendek kata, ia adalah sebuah kereta yang tidak akan membiarkan anda menyesal untuk memilikinya.
Semasa uji pandu, pihak Mantuka tiada sedikit keraguan bahawa Toyota telah meningkatkan faktor keseronokan berbanding model Yaris lama. Tetapi Yaris baru ini mempunyai sedikit kekurangan apabila dijalankan naik bukit, kereta tersebut menjadi lebih berat dipandu. Walaubagaimanapun, stereng adalah ternyata lebih ketat dan lebih responsif daripada sebelum ini, dan model baru ini juga stabil.
Bunyi enjin adalah lebih senyap dan membuatkan perjalanan lebih seronok apabila penumpang sedang mendengarkan hiburan dalam kereta. Penumpang duduk dibelakang juga akan merasa lebih selesa kerana keluasan dibelakang. Dashboard Yaris merupakan lebih bergaya berbanding sebelum ini, sekali gus melonjakkan yang Yaris menjadi ketua kelas dalam hal ini.
Sebaik
sampai di Kampong Serdang, pihak media mengambil kesempatan untuk membuat
perkongsian ujian mereka mengenai kereta tersebut, keseluruhannya berpendapat
sama bahawa Yaris sebuah kereta yang menyeronokkan dan ianya sesuai untuk
dimiliki oleh kalangan anak muda, walaubagaimanapun, menurut saya kereta
tersebut tidak sesuai digunakan untuk perjalanan jauh apatah lagi mempunyai
keluarga yang agak ramai. Secara keseluruhan Yaris telah melangkah setapak
kehadapan untuk member kenikmatan memandu dan keselesaan kepada penumpangnya.
Menyentuh
mengenai keselamatan kereta, Yaris 2014 dianugerahkan dengan kedudukan 4
bintang ASEAN NCAP. Ciri-ciri keselamatan Toyota Yaris dimuatkan dengan Bag
Udara ‘Supplement Restraint System’
(SRS) khas untuk pemandu dan penumpang hadapan dikawal dari apa jua kemalangan
yang berlaku. Dengan teknologi terbaru yaris juga dilengkapi dengan tali
keledar 3-point untuk mengurangkan kecederaan penumpang menahan dari tempat
duduk mereka. Tambahan lagi, kereta keluaran Jepun ini disediakan dengan
standard Anti-Lock Brake System (ABS) dengan Electronic Brake Force
Distirbution (EBD) bagi mengelak tayar kereta dari terkunci semasa berhenti
secara mengejut.
Keluaran
Yaris 2014 yang dipasarkan dinegara ini hanya disediakan dengan transmisi Automatic
sahaja, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Toyota Yaris
terbaru ini boleh lah menghubungi 2433777 atau melayari laman web www.nbt-brunei.com atau mengunjungi bilik Pameran NBT (B) semasa waktu pejabat.
Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Uji Pandu Toyota Yaris 1.5