Audi pernah menampilkan model Q7 sebuah SUV yang menjadi popular dinegara ini oleh TCY Motors Sdn Bhd beberapa tahun lalu, dan kini, sekali lagi syarikat tersebut mendatangkan model Q7 S line dengan gaya sportif dan berkuasa tinggi.
Kali ini, Audi Q7 S line kembali dengan model Edisi Sport yang menambah ciri-ciri eksklusif berbanding dengan Q7 sebelumnya. Model ini bukan sekadar model, ini adalah Edisi Sport yang mempunyai pelbagai tambahan dan prestasi kemajuan Q7 dari jenama Audi.
Reka bentuk Audi Q7 tidak begitu berbeza dengan yang standard, ianya masih mempunyai 7 tempat duduk individu dan ruang sebesar 775-2,035 liter kapasiti kargo. Walaubagaimanapun, S line mempunyai perubahan dari segi Hud enjin, fenders depan dan bumper belakang yang diperbuat dari aluminium.
Selain itu, dalam pakej S line ini pelanggan akan menerima spoiler bumper yang rendah, skid plates keluli dan dua paip eksos berbentuk bujur, perubahan ini bukan untuk hiasan sahaja bahkan ianya meletakkan prestasi kereta tersebut yang lebih baik.
Enjin Q7 digabungkan dengan 6-silinder diesel supercharged V6 unit 3.0 TDI quattro dengan 180kW sebuah kuasa enjin teknologi Audi yang mempu mencapai kelajuan sehingga 245hp bersamaan 550Nm kuasa tork. Enjin tersebut juga digabungkan dengan all-wheel drive 8 kelajuan tiptronic.
Model Q7 S Line datang dengan peralatan standard yang unik. Audi menawarkan lampu depan berteknologi Xenon termasuk lampu LED bagi perjalanan diwaktu pagi, sistem letak kereta Audi dengan panduan visual dan akusti dan sistem Audi Music antara muka.
Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Audi Q7 S Line Edisi Sport.
Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Audi Q7 S Line Edisi Sport.