Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, June 14, 2014

Uji Pandu Suzuki Ertiga


Kini hadir Suzuki Ertiga, varian terbaru dari Suzuki yang telah dilancarkan di Mall Gadong dan telah mula dipasarkan di Negara ini sebagai tambahan susunan kereta terbaru jualan Syarikat Boustead Sendirian Berhad.

Kereta Suzuki Ertiga adalah sebuah kereta besar untuk sesisi keluarga. Model ini lengkap dengan keamanan, kemewahan, keselesaan, dan elegan dengan keterangan luaran dan dalaman yang mempesona. Ertiga memberi kebanggaan dan rasa percaya diri bagi keluar di Negara Brunei Darussalam dari berbagai kelas.

Ertiga yang dicipta sebagai sebuah kereta yang lebih luas, mudah dan serba boleh dikategorikan sebagai kereta MPV (Multi Purpose Vehicle) dilengkapi dengan sistem teknologi masa kini. Lebih-lebih lagi Ertiga mempunyai muatan yang besar sehingga mampu mengisi tujuh orang penumpang dengan pelbagai kemudahan bagi keselesaan penumpangnya.

Ertiga adalah sebuah kereta yang besar dengan ukuran 4265mm dan 2740mm jarak roda dan mempunyai tujuh tempat duduk sesuai untuk keluarga besar. Ruang dalam kereta tersebut mempunyai tiga baris pada konfigurasi tradisional 2x3x2 tempat duduk.

Semasa membuat uji pandu, pihak Mantuka tidak menafikan kereta ini mudah dikawal terutama respon dari stereng untuk membuat pengawalan kereta terutama memasuki perjalanan lencong di kawasan Jalan Stadim dan Lapangan Terbang Antarabangsa. Ertiga menumpukan kepada keselamatan, pengawalan membuat perhentian secara mengejut sangat baik, ini kerana Ertiga dimuatkan dengan sistem keselamatan Anti-lock Break System (ABS) dan Elektronik Break Force Distribution (EBD) yang membuatkan pemandu yang sangat aman.


Beg udara melindungi pemandu dan penumpang di baris pertama dan dapat mengurangkan kemungkinan kecederaan dan luka yang serius akibat saat kemalangan. Ertiga juga memasukkan kunci pintu untuk kanak-kanak sebagai salah satu ciri keselamatan untuk anak anda.

Dengan AC double blower yang dinginnya cepat merata hingga baris ke 3, Suzuki Ertiga memberi keselesaan dan memudahkan perjalanan keluarga Brunei.

Apabila lampu kecurian kereta menyala, pemilik Ertiga akan bebas dari rasa bimbang bersama Suzuki Ertiga dimana sebagai antisipasi untuk mod pencurian kereta dengan kunci palsu, sistem immobilizer Suzuki Ertiga lebih selamat kerana enjin kereta tidak boleh dihidupkan jika kunci dan ID tidak disatukan. Ditambah dengan Sistem tanpa kunci Entry dan Alarm Security yang tergabung di kunci utama memudahkan mengunci dan membuka kunci dari jarak jauh.

Tali keledar dimuatkan pada kesemua 7 kedudukan dan kabin yang luas serta boleh disesuaikan dengan saiz badan pemandu dan penumpang dari baris 1, 2 dan 3. Salaman Ertiga berwarna beige dan berkualiti ditambah dengan reka bentuk kabin yang luas dan selesa dengan banyak ruang kepala dan ruang kaki.

Dengan satu tekanan yang praktikal membuat akses ke barisan ke 3 menjadi lebih mudah dan tidak perlu melipat kerusi, maka ruang kabin menjadi lebih luas dan memberikan keselesaan optimum kepada penumpang.

Setiap baris telah direka untuk disesuaikan dengan keperluan individu untuk komitmen perniagaan atau untuk komitmen hujung minggu bersama keluarga. Susunan tempat duduk yang fleksibel membolehkan pemilik Ertiga untuk mengimbangi penyimpanan bagasi dan ruang untuk penumpangnya.

Setelah diteliti dibahagian dalam enjin, Suzuki Ertiga mempunyai kuasa yang mencukupi yang mana ianya dikuasakan oleh enjin K14B VVT dengan 1.4L empat silinder dengan pelbagai valve timing dan 70kW kuasa dan 130Nm tork. Dalam kiraan ini setentunya sudah cukup untuk membuat perjalanan jauh dengan kekuatan mencukupi dan pada waktu yang sama menjimat minyak.

Suzuki Ertiga menggunakan sistem penggerak roda depan. Tenaga dari enjin Ertiga langsung disalurkan ke roda depan, sehingga tarikan lebih responsif walaupun melalui perjalanan bukit-bukau.

Boustead Sdn Bhd telah menawarkan dua varian Suzuki Ertiga iaitu model GL datang dengan 5 kelajuan Transmisi Manual manakala model GX datang dengan Transmisi Automatik 4 kelajuan. Sebagai pembinaan monocoque, Ertiga berkelakuan lebih kurang seperti sebuah sedan daripada MPV.


Ianya dibina di atas platform lanjutan Suzuki Swift, Ertiga boleh dipandu dengan mudah. Sama ada anda menjalankan manual 5-kelajuan atau 4-kelajuan automatik kotak gear transmisi, anda akan mempunyai pengalaman pemanduan yang mudah dan sesuai di bandar dan lebuh raya.

Sebuah penerbitan automobil utama, BBC Top Gear India telah menganugerahkan Suzuki Ertiga dengan gelaran "Kereta Keluarga Tahun 2012". Dengan konfigurasi tempat duduk 3-baris dalam reka bentuk keseluruhan yang padat, Ertiga juga telah dipilih untuk gelaran yang mewujudkan segmen "MPV Kompak" baru dalam industri automobil.