Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, June 11, 2014

Volkswagen Sharan mampu meletakkan kereta secara automatic


Saksikan iklan Video dari Volkswagen (Video)

Sentiasa maju kehadapan! Keluaran terbaru Volkswagen 'Sharan' akan memastikan kepuasan seperti yang telah diberikan oleh Syarikat Maju Motors selama ini.

Volkswagen ‘Sharan’ sebuah kereta Multi Purpose Vehicle (MPV) yang baru dilancarkan pagi tadi mampu meletak kereta secara automatic tanpa kawalan pemandu sendiri. Teknologi ini adalah buat kali pertama diperkenalkan di Negara ini dan ianya sebagai teknologi tercanggih keluaran Volkswagen.


Kereta besar yang berteknologi tinggi ini dikhaskan untuk pelanggan VW yang mempunyai keluarga, dan model ini menyediakan 7 tempat duduk individu. Sharan mampu membawa barangan besar sebesar 2,297 liter kapasiti kargo.

Jangan hairan jika Sharan mampu merentasi kereta anda pada kelajuan tinggi, ini kerana Sharan dimuatkan enam kelajuan dual clutch kotak gear otomatic (DSG) dengan enjin 4-silinder, enjin petrol sebaris dengan 16 valve, Turbocharger sama seperti enjin yang dimuatkan didalam enjin kereta VW Golf GTi.


Volkswagen sentiasa memberi kesenangan kepada pelanggannya, ini termasuk kelengkapan Sharan yang mana dengan pintu slaid dengan fungsi keselamatan bagi memastikan keselamatan masuk dan keluar kereta. Tambahan lagi dengan bumbung matahari panoramic pemandu akan mempunyai pilihan bagi memberi pemanduan yang lebih baik.

Konsep tempat duduk ‘EasyFold’ terbaru, setiap tempat duduk individu di bahagian barisan kedua tidak perlu dikeluarkan dari kereta untuk menyimpan kargo besar bahkan dengan hanya satu penakanan mekanisme, tempat duduk tersebut boleh dilipat sepenuhnya yang memberikan ruang yang lebih luas.


Pemilik Sharan dinegara ini akan menerima peralatan standard termasuk 3-Zon pengawal cuaca (Climatronic), fungsi Easy Entry sebagai fungsi yang memberikan akses penumpang ke tempat duduk barisan ketiga dan amaran indikasi visual jika tali keledar dibahagian belakang tidak di pasang.

Kunci utama dalam kaedah Volkswagen Sharan ini ialah peningkatan dari segi mengunci tanpa kunci dan sistem menghidupkan kereta (KESSY), brake letak kereta elektronik dan sistem bantuan letak kereta.

Sistem bantuan letak kereta membantu mengawal stering kereta secara automatic jika meletakkan kereta dalam ruang letak kereta yang parallel dan kawasan berbatu, diantara pokok atau di keluk jalan.


Sharan didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan seperti kamera reverse, tayar yang mampu menutup sendiri semasa tayar pencit, pengendalian kunci kanak-kanak elektrik, 7 bag udara dan ESP.

Pelancaran yang berlangsung Mall Gadong pagi tadi telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Volkswagen, Singapura, Steffen Schwarz dan Pengarah Eksekutif Maju Motors Sendirian Berhad, Chan Key Hong.

Harga jangkaan - B$65,000 keatas