Grand Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan Kia di Negara Brunei Darussalam adalah di barisan hadapan dalam syarikat-syarikat yang menyokong bola sepak di negara ini. Kia Motors, salah satu rakan kongsi automotif rasmi di 2014 FIFA Piala Dunia Brazil terus dengan pujian kemudaan, dinamik dan keseronokan produknya melalui penyertaan dalam pemasaran sukan secara aktif.
Untuk beberapa tahun kebelakangan, Grand Motors telah menyokong beberapa acara sukan seperti tenis, golf dan bola sepak. Tahun ini, Grand Motors meluaskan lagi sokongan mereka terhadap kejohanan bola sepak yang paling terkenal di dunia dan mendermakan lebih daripada 100 biji bola ke sekolah-sekolah yang terpilih di negara ini untuk mengembangkan lagi sokongan ini. Sebagai salah satu tanggungjawab syarikat Grand Motors terbaru iaitu tanggungjawab korporat sosial (CSR), program ini adalah selaras dengan penyokongan memperkasakan belia melalui sukan. Jabatan Pendidikan Kokurikulum dari Sekolah Sukan, Sekolah Antarabangsa Jerudong, Sekolah Antarabangsa Brunei dan Sekolah Seri Mulia Sarjana Antarabangsa adalah antara sekolah-sekolah di Brunei yang menerima bola KIA-FIFA.
Menurut Pengarah Urusan Grand Motors, Frankie Ho, "Kia Brunei percaya bahawa melalui sukan, belia kita akan membesar menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab dan aktif yang akan mengukuhkan tulang belakang kepada masyarakat kita". Beliau juga menambah, "Melalui program ini, kami menyasarkan untuk membangunkan kemahiran dan minat pelajar dalam sukan global ini bagi mengukuhkan lagi permainan adil dan semangat berkesukanan".
Kia telah menjadi Rakan Kongsi Automotif Rasmi FIFA sejak 2007, termasuk Piala Dunia 2010 Afrika Selatan dan UEFA EURO 2012, dan baru-baru ini telah mengukuhkan pembabitan mereka dalam permainan itu dengan komitmen jangka panjang untuk mengukuhkan lagi usaha kerjasama dengan Fifa sehingga 2022.