Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, July 7, 2014

Uji Pandu Ford EcoSport


Semenjak kenderaan jenis 'Sport Utility Vehicle' mula dipasarkan dinegara ini pada beberapa tahun lalu, masyarakat Brunei mula berminat dengan kereta jenis tersebut iaitu kereta jenis SUV yang mampu melakukan apa jua jenis penggunaan memandu tidak kira untuk bersiar, penghantaran mahupun perjalanan jauh.

Premier Automobiles Sdn Bhd selaku pengedar kereta-kereta Ford, baru-baru ini turut memperkenalkan keluaran terbaru mereka, Ford EcoSport, sebuah kereta jenis SUV yang penuh dengan teknologi terkini untuk keselesaan pemandunya.

Kereta Ford EcoSport telah dilancarkan semasa majlis sambutan ulang tahun Ford Motor Company yang ke-111 yang berlangsung pada bulan lepas.

EcoSport menawarkan pengalaman pemanduan dengan sambungan standard atasan (onboard connectivity), serta kemudahan memandu dan keselamatan perjalanan. Model ini lebih matang, mencerminkan pengoptimuman kereta dalam aspek-aspek seperti kualiti, keselamatan dan keperluan pengguna. Rekaan bentuknya nampak sportif dan futuristik begitu juga ciri-ciri dalaman yang keseluruhannya dilengkapi dengan teknologi terkini.

Keluaran model ini dipadankan dengan harga yang berpatutan yang sedia untuk digunakan untuk bekerja dan apa jua keperluan pengguna. Keluaran Ford EcoSport di pasaran Brunei Darussalam menawarkan dua jenis varian: Spec Tinggi dan Spec Sederhana. Perbezaan diantaranya ialah luaran grill EcoSport Titanium (Spec Tinggi) mempunyai luaran grill berwarna krom, rim tayar yang lebih ganas, dan sunroof. Manakala EcoSport Trend (Spec Sederhana) mempunyai luaran grill berwarna silver dan rim tayar standard.

Pihak Mantuka diberi kesempatan untuk membuat uji pandu Ford EcoSport Titanium baru-baru ini bermula dari Bilik Pameran Premier Automobiles ke Bandar Seri Begawan dan pergi balik ke bilik pameran tersebut. Kemudahan bermula sebelum memulakan uji pandu EcoSport serba baru itu. Dengan sistem masuk tanpa kunci dipaparkan di pemegang pintu EcoSport Titanium, pelanggan tidak perlu lagi meraba-raba dengan kunci untuk menghidupkan enjin kereta. Samaada kunci kereta berada didalam poket atau beg mereka, mereka boleh membuka pintu secara automatik dengan menarik pemegang pintu EcoSport itu sahaja.

Semasa uji pandu EcoSport Titanium dijalankan, cuaca pada masa itu hujat lebat. Tetapi ianya tidak menghalang perjalanan daripada membuat uji pandu dan saya dapat menguji pengesan pengelap cermin secara auto yang berfungsi dengan baik. Sebaik sahaja anda mengaktifkan pengelap cermin, ia secara automatik akan menyesuaikan kelajuan mengikut kekuatan hujan.

Sepanjang uji pandu itu, pemandu rasa sangat selesa dengan kesunyian bunyi di dalam kereta melainkan bunyi muzik dari sistem audio. Sistem audio EcoSport termasuk pemain CD/MP3, slot USB, penyambung iPod, penyambung Bluetooth, slot auxiliary dan skrin LCD 3.5". Salah satu ciri-ciri utama EcoSport ialah sistem SYNC yang dikuasai oleh Microsoft Windows Embedded Automotive Platform memudahkan pemandu untuk mengawal sistem audio dan telefon semasa sambungan Bluetooth diaktifkan dengan hanya menggunakan arahan suara. SYNC menetapkan trend untuk masa depan bebas-tangan dan suara-diaktifkan. Ia membantu pemandu memastikan tangan mereka sentiasa pada roda dan mata di jalan raya semasa mereka memilih muzik kegemaran mereka dan membuat panggilan tanpa memegang telefon bimbit.

Ford EcoSport adalah kereta yang sangat praktikal dan boleh digunakan untuk apasaja kemudahan. Sama ada anda menggunakannya untuk bekerja, berseronok, bersukan, atau perjalanan jauh pulang-alik. Walaupun luarannya nampak kecil, tetapi jangan sangka dalamannya tidak mempunyai ruang.

Ruang di kabin hadapan dan bahagian penumpang adalah sangat luas dan masih ada ruang untuk pergerakan kaki dan kepala. Ruang kargo mampu memuatkan baragi sehingga kapasiti maksimum 705 liter, namun anda boleh menyimpan beg bagasi besar, kotak ais sederhana, atau barangan golf dan bermacam-macam lagi. Disebabkan ia direka sebagai sebuah SUV yang mampu digunakan untuk pelbagai tujuan, EcoSport ini juga direka dengan keupayaan untuk merentas takungan air dengan maksimum kedalaman 550mm tanpa sebarang masalah kemasukan air ke dalam kabin. Tayar simpanan yang disangkut pada bonet belakang pula adalah identiti SUV lama dan juga untuk tujuan praktikal supaya lebih banyak ruang kargo dapat digunakan dan memudahkan proses mengalihkan barangan berat ke dalam EcoSport dengan reka bentuk bamparnya yang rendah. Satu kelemahan kereta ini ialah pandangan terhad dari tingkap belakang tetapi dengan adanya sistem pengesan jarak belakang kereta memudahkan pemandu untuk meletakkan kereta dengan senang.



Berhubung mengenai prestasi EcoSport, ia dikuasai dengan enjin 1.5 liter Ti-VCT (Petrol) yang membekalkan kuasa maksimum 112PS (82kW) pada 6300rpm dan 140Nm pada 4400rpm kuasa tork. Sterengnya pula menggunakan teknologi elektrik power-assisted (EPAS) untuk tindak balas yang responsif dan penjimatan minyak. EcoSport dibekalkan dengan 6-kelajuan automatik powershift R transmisi yang juga mempunyai mod sport. Mod sport ini memudahkan pemandu untuk meninggikan atau merendahkan gear secara manual untuk tambahan kuasa dan pancutan.

Sepanjang uji pandu ringkas itu, kerahan enjinnya boleh dikelaskan mantap, lebih-lebih lagi memberikan kuasa maksimum ketika memotong kenderaan lain. EcoSport mampu membuktikan dirinya sebagai sebuah SUV urban yang didatangkan dengan kepelbagaian. Kuasa yang ada mencukupi untuk gaya pemanduan umum. Ketika berjalan di jalan licin oleh hujan, pengendalian dan cengkaman tayar memberikan maklum balas yang pastas dan sentiasa membuatkan pemandu dan penumpangnya terus selesa dan berasa selamat, kerana ia mampu dikendalikan dengan yakin.

Dari segi keselamatan EcoSport, ini adalah satu kepentingan dalam pembinaan Ford dimana EcoSport direka dengan tujuh beg udara keseluruhan dimana pemandu dan penumpangnya akan dilindungi dari semua sudut yang anda boleh fikirkan termasuk bahagian kaki. Ianya juga digabungkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Brek Kecemasan (EBA), Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Traction Control System (TCS), Hill Launch Assist (HLA), ISOFIX, Rear Parking Sensor, dan amaran brek kecemasan (Emergency Break Hazard Warning).

Ford EcoSport mampu memenuhi selera dan pengguna urban di Brunei Darussalam dimana sudah ada beberapa tempahan sudah pun dibuat sebelum pelancarannya. Bukan saja rekaannya menarik dan furutistik, ciri keselamatan dan sokongan elekronik bersepadu dengan SYNC yang akan menepati sepenuhnya portfolio urban yang dibawanya.

"EcoSport baru penuh dengan personaliti," kata J Mays, naib presiden global, Desain, dan Ketua Pegawai Kreatif di Ford. "Pengguna di seluruh dunia serta-merta kenal dengan keupayaan dan keteguhan SUV yang tercapai dengan keagresifan. Ianya mesra dan ia kenderaan yang benar-benar membuat anda tersenyum."

Premier Automobiles Sdn Bhd menawarkan kedua-dua varian EcoSport Trend dan Titanium dari berbagai warna iaitu Thunder Black, Lunar Sky, Ingot Silver, Frozen White, Mars Red, dan Winning Blue. Untuk membuat uji pandu dan keterangan lanjut, orang ramai dialu-alukan untuk datang ke bilik pameran Ford di Tapak Perindustrian Beribi, Gadong. Pelancaran Ford EcoSport akan berlangsung pada 18 July 2014 ini. Ikuti Ford Brunei di Facebook "Ford Motor Brunei", Twitter "FordBrunei" dan Instagram "Ford_Brunei" untuk berita kemas kini daripada Ford Brunei.

Jangkaan harga $27,000.00 keatas.